Siakap Keli
Nurul Ain gaza malaysia
Kredit Sinar Harian

Rakyat Malaysia Terkandas Di Gaza, Nurul Ain Dan Suami Selamat Tiba Di Malaysia

Rakyat Malaysia Terkandas Di Gaza, Nurul Ain Dan Suami Selamat Tiba Di Malaysia

Rakyat Malaysia yang terperangkap di Gaza, Nurul Ain Haron, 37, dan suaminya Mohamad Adan Shaat, 33, dilaporkan selamat tiba di Malaysia, lapor Sinar Harian.

Pasangan suami isteri itu tiba di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 8.55 malam tadi.

Nurul Ain selamat sampai ke Malaysia menerusi pesawat QR4993 Qatar Airways yang berlepas dari Doha, Qatar.

Kedua-dua pasangan itu dipercayai telah menempuh perjalanan lebih 17 jam secara keseluruhannya.

Mereka memulakan perjalanan dari Rafah ke Cairo dan seterusnya transit di Oman sebelum tiba di KLIA.

Kepulangan mereka disambut dengan tangisan kegembiraan oleh ahli keluarga Nurul Ain setelah hampir setahun tidak bersua muka.

Kredit Sinar Harian

“Sebenarnya kami tak nak keluar sebab keluarga ada di sana (Gaza), tapi keadaan makin teruk dari 2014. Suami kena bekerja, kalau tak macam mana nak sara mereka.

“Dekat sana bukan mudah kerana tiada stok makanan, selimut dengan barangan keperluan lain. Lebih baik kami keluar dari Gaza dan ambil langkah lain untuk salurkan bantuan di sana.

“Malah dekat sana, ada dalam kalangan ahli keluarga yang syahid. Rumah dia dibom bukan satu tapi lapan peluru berpandu sehinggakan muka pun hancur tak nampak,” kata Nurul Ain.

Difahamkan, Nurul Ain telah pulang ke kampung halaman suaminya di Palestin pada 1 Oktober lalu buat pertama kalinya selepas hampir enam tahun mendirikan rumah tangga.

Kredit Sinar Harian

Susulan konflik yang tercetus di negara itu, pasangan tersebut telah terkandas dan berdepan dengan isu keselamatan dan bahaya.

Bagaimanapun, pada Isnin lalu, Kementerian Luar Negeri (KLN) mengesahkan bahawa pasangan itu akhirnya berjaya dibawa keluar dengan selamat.

Mereka dibawa keluar melaui Lintasan Sempadan Rafah pada jam 8.32 malam waktu tempatan ( 2.23 pagi waktu Malaysia) pada Ahad lalu.

Ketibaan Nurul Ain dan suami di Lintasan Sempadan Rafah berjaya dilakukan dengan bantuan Duta Besar Malaysia  bersama pegawai-pegawai kedutaan lain di Kaherah.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka