Ni Cara Untuk Pastikan Nasi Lemak Yang Dimasak Tidak Berlebihan Atau Berkurangan
Nasi lemak merupakan salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia, boleh dikatakan hari tidak akan lengkap sekiranya tidak menjamah nasi lemak ketika sarapan.
Hidangan itu juga sesuai untuk dihidangkan pada bila-bila masa kerana ia mempunyai aroma yang mampu membuatkan seseorang menambah selera.
Setiap orang mempunyai keistimewaan sendiri dalam menghasilkan sesuatu hidangan, ini kerana mereka telah mengubahnya mengikut selera masing-masing.
Bagaimanapun tiada betul dan salah dalam memasak ini, yang pasti hidangan tersebut mampu memikat hati orang yang tersayang.
Selalunya kita akan menyediakan nasi lemak dalam kuantiti yang banyak kerana mahu menghidangkan kepada tetamu. Namun kadangkala kita terkurang sukat membuatkan hidangan tersebut tidak mencukupi.
Perkara itu semestinya akan membuatkan kita sebagai tuan rumah panik kerana makanan utama tidak mencukupi untuk diberikan kepada tetamu.
Tetapi jangan risau, kerana pengguna Facebook Fazniza Razali telah berkongsi kepada orang ramai berkenaan cara menyukat nasi lemak agar tidak berlebihan.
Menurutnya, nasi lemak itu boleh disukat dengan mudah menggunakan mangkuk kecil. Ketahui caranya caranya di bawah ini.
BACA: Wartawan UK ‘Kutuk’ Nasi Lemak Hingga ‘Diserang’ Netizen Malaysia Tampil Beri Penjelasan
Sukat nasi lemak agar tidak berlebihan
Kalau ada yang nak menjamu tetamu makan nasi lemak, mesti teragak-agak nak masak berapa banyak. Risau terlebih atau terkurang. Lebih tidak apa tetapi kalau lebih banyak sangat membazir pula nanti.
Saya sukat jumlah nasi guna mangkuk kecil untuk seorang makan.
Sukatan (30 hingga 40 orang makan)
3 kg beras
1 kg santan
3 liter air
3 sudu besar garam
Sukatan (55 hingga 60 orang makan)
5 kg beras
1 1/2 kg santan
5 liter air
5 sudu besar garam
Daun pandan jangan lupa pula.
https://www.facebook.com/fazeq.razali/posts/pfbid02dqqibmhuz6oNZcdhbajhEcodwr3eJgSyBzckHdkj4Bee3aVgCagxXrsy9dSzWBdrl
Sumber: Fazniza Razali/Facebook