Siakap Keli

(Video) Dikongsi Lebih 64,000 Kali, Wanita ‘Turunkan’ Ilmu Cara Mudah & Kemas Nak Bungkus Nasi Lemak

Nasi lemak merupakan salah satu daripada menu tradisi kegemaran rakyat Malaysia. Tidak kira di waktu pagi, tengah hari dan malam, ia tetap akan menjadi makanan pilihan ramai.

Sehingga kini, banyak restoran atau kedai-kedai makan yang menjual hidangan nasi lemak dengan pelbagai ‘inovasi’ yang menarik. Pun begitu, nasi lemak yang dijual di tepi jalan juga tetap tidak dilupakan.

Malah, ia mungkin lebih enak kerana dibungkus dengan daun pisang atau kertas pembalut.

Bercakap mengenainya, mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana caranya untuk membungkus nasi lemak dengan kemas tanpa menjejaskan nasi di dalamnya.

Mungkin kelihatan mudah namun ia sememangnya memerlukan ketelitian yang tinggi untuk mendapatkan hasil bungkusan yang terbaik.

Jangan risau, perkongsian Puan Norlia Abdul Raman ini boleh membantu anda untuk mempelajari membungkus nasi lemak dengan baik. Nak tahu caranya? Jom tengok video di bawah ini.

 

 

Mudahkan? Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua terutama bagi yang ingin memulakan bisnes menjual nasi lemak. Selamat mencuba!

Sumber: Norlia Abdul Raman

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.