Siakap Keli
sekolah banjir terengganu
Gambar: Bernama

22 Sekolah Ditutup Akibat Banjir Di Terengganu

22 Sekolah Ditutup Akibat Banjir Di Terengganu

KUALA TERENGGANU — Sebanyak 22 sekolah di Terengganu dilaporkan ditutup sementara berikutan banjir di empat daerah di negeri itu, lapor Sinar Harian.

Selain itu, penutupan sekolah itu juga bertujuan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) pada hari ini.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) (Sektor Pengurusan Sekolah) Terengganu, Azman Othman @ Abdullah, 22 sekolah itu melibatkan 13 sekolah yang dinaiki air manakala selebihnya dijadikan PPS.

“Sebanyak 10 sekolah yang dinaiki banjir iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Budiman, SK Kubang Ikan, SK Pusat Kuala Ibai, SK Kedai Buluh, SK Losong dan SK Bukit Bayas.

“Ia juga melibatkan SK Kampung Bukit Chendering, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besar, SMK Sultan Mansor dan Sekolah Menengah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malik.

“Selain itu, SK Bukit Puteri di Besut, SMK Padang Kemunting (Kuala Nerus) dan SMK Intan Zaharah (Dungun) juga dinaiki air,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lebih lanjut, Azman memaklumkan SK Chendering, SK Atas Tol, SK Pasir Panjang dan SK Gong Tok Nasek merupakan empat sekolah yang dijadikan PPS di Bandar Raya.

BACA JUGA: Kenali Manchineel, Pokok Paling Berbahaya Di Dunia Hingga Digelar “Tree Of Death”

Di Kuala Nerus, empat sekolah dijadikan PPD iaitu, SK Bukit Tunggal, SK Bukit Nanas, SK Teluk Ketapang dan SK Tol Jembal. Manakala hanya SK Bukit Gasing di daerah Marang.

Sementara itu, beliau turut berkata JPNT menyarankan sekolah-sekolah yang terjejas akibat banjir agar mengambil cuti bencana.

“Begitu juga dengan sekolah dijadikan PPS yang menempatkan ramai mangsa banjir dan melibatkan penggunaan banyak bilik darjah,” katanya.

Mangsa banjir meningkat di Terengganu

Sehingga jam 8 pagi tadi, seramai 1,431 orang telah dipindahkan ke PPS melibatkan 400 keluarga, lapor Sinar Harian.

Jumlah tersebut meningkat berbanding 1,070 orang yang direkodkan pada jam 8 malam semalam. Difahamkan, sebanyak 14 PPS telah dibuka di Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Setiu dan Marang.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, Kuala Nerus merupakan daerah paling teruk terjejas dengan seramai 699 mangsa daripada 189 keluarga sudah dipindahkan ke tujuh PPS yang telah diaktifkan di sana.

Sumber: Sinar Harian

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?