Siakap Keli
Gambar: Sony Pictures via YouTube

Filem ‘The Karate Kid’ Baharu Ditayang Tahun Depan

Filem ‘The Karate Kid’ Baharu Ditayang Tahun Depan

Sony Pictures telah mengumumkan francais filem aksi kegemaran ramai, The Karate Kid akan kembali dengan versi baharu yang akan diterbitkan tidak lama lagi. Filem ini akan menyaksikan gabungan Ralph Macchio dan Jackie Chan.

Untuk pengetahuan semua, Ralph Macchio merupakan pelakon bagi watak Daniel LaRusso dalam tiga filem pertama bagi francais itu. Manakala, Jackie Chan pula merupakan pengganti mendiang Pat Morito untuk melakonkan watak seorang jurulatih seni mempertahankan diri, iaitu Mr.Han.

Ralp Macchio dan Jackie Chan telah tampil dalam sebuah video di YouTube untuk mengumumkan filem baharu itu. Mereka turut memberitahu bahawa pencarian untuk mencari barisan pelakon baharu bagi filem itu juga akan dijalankan.

Ulang Tahun Ke-40 The Karate Kid

Bulan Jun tahun hadapan akan menjadi ulang tahun yang ke-40 untuk filem pertama dalam francais itu. Filem pertama itu menyaksikan Ralph Macchio dengan wataknya Daniel LaRusso. Daniel merupakan seorang pelajar sekolah menengah di California yang mempelajari seni pertahankan diri.

Seterusnya, Macchio turut membintangi The Karate Kid Part II pada tahun 1986 dan The Karate Kid III pada tahun 1989. Bagi filem The Next Karate Kid pada tahun 1994, ia dibintangi oleh Hillary Swank dengan wataknya Julie Pierce.

Pada tahun 2010, The Karate Kid telah membuat reboot yang dibintangi oleh Jackie Chan dan juga Jaden Smith. Namun, tarikan bagi francais itu meningkat apabila siri Cobra Kai ditayangkan pada 2018.

Cobra Kai menyaksikan watak Daniel LaRusso dan watak Johnny, seorang pembuli dalam dua filem pertama francais itu yang dilakonkan oleh William Zabka, yang sudah dewasa.

Siri ini akan menayangkan musim terakhirnya tidak lama lagi. Ia merupakan siri yang terkenal dan digemari ramai di platform penstriman Netflix.

Setakat ini, wakil untuk William Zabka tidak memberikan sebarang kenyataan sama ada pelakon itu akan turut disaksikan dalam filem terbaru itu bersama Ralph Macchio.

Filem baharu The Karate Kid ini dijadualkan akan ditayang pada 13 Disember 2024.

Sumber: CNN

BACA JUGA: Seawal 12 Tengah Malam, Peminat Coldplay Mula Banjiri Stadium Bukit Jalil

 

Nurul Alya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.