Siakap Keli
coldplay stadium bukit jalil
Kredit: X

Seawal 12 Tengah Malam, Peminat Coldplay Mula Banjiri Stadium Bukit Jalil

Seawal 12 Tengah Malam, Peminat Coldplay Mula Banjiri Stadium Bukit Jalil

Kehangatan kian terasa apabila peminat Coldplay mula membanjiri perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil untuk konsert jelajah Coldplay: Music of the Spheres pada malam ini.

Walaupun konsert berkenaan dijadualkan hanya bermula pada 8.30 malam, namun para peminat sudah pun mula membanjiri SNBJ sejak tengah malam tadi lagi.

Menerusi perkongsian yang menjadi viral di platform X, ada yang sudah berada di perkarangan stadium berkenaan bermula 12.00 tengah malam.

“Mula beratur seawal 12,00 pagi dan kami adalah antara yang terawal untuk #COLDPLAYinKL,” tulisnya.

Pengguna media sosial itu juga mengingatkan pembeli tiket Zon Higher Power untuk menebus gelang tangan sebelum mendaftar masuk.

“Tanpa gelang tangan tersebut, anda tidak boleh beratur dalam barisan (khusus untuk pemegang tiket Higher Power) di hadapan pintu masuk.”

Seterusnya, seorang pengguna X (@vxnssx__) telah berkongsi video, memaparkan keadaan sekeliling di perkarangan stadium pada pukul 9.00 pagi. 

Dalam video pendek yang berdurasi 10 saat tersebut, kebanyakan pengunjung telah duduk dalam barisan yang sangat panjang.

Segelintir peminat Coldplay turut kelihatan sedang menikmati sarapan di atas lantai sambil ditemani dengan rakan-rakan yang lain.

Difahamkan, peminat-peminat yang berada dalam barisan tersebut merupakan individu-individu yang berhasrat untuk membeli merchandise kumpulan terbabit.

Dalam rajutan ciapan di X, Vanessa memaklumkan bahawa reruai bagi merchandise rasmi Coldplay mula dibuka pada 11.08 pagi.

Pemegang tiket Standing Zone mula membanjiri perkarangan stadium

Menelusuri hantaran pengguna di laman media sosial yang sama, seorang pemegang tiket Standing Zone berkongsi pengalaman menunggu di hadapan pintu masuk.

Pengguna @Fernandinies berkata, dia baru sahaja sampai ke perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 12.07 tengah hari.

Walaupun konsert bakal berlangsung dalam di sebelah malam, ia tidak menghalang untuk mereka hadir lebih awal dan mendapatkan posisi paling selesa.

Cuaca mulai mendung dalam lingkungan 2.00 petang

Dalam pada itu, cuaca di sekitar Bukit Jalil dikatakan cerah pada sebelah pagi. Namun begitu, keadaan mula bertukar mendung di sebelah petang.

Malah, hujan juga dikatakan sudah mula turun di kawasan tersebut. Justeru, ada yang memuat naik hantaran mengingatkan mereka yang hadir untuk membawa payung atau baju hujang sebagai persediaan.

Menurut hantaran pengguna @alynndarus, kaki langit Kuala Lumpur mulai mendung dan gelap seawal 12.00 tengah hari.

 

BACA: Pesawat Terbang Laju, Tetapi Kenapa Penumpang Tak Rasa ‘Bergerak’? Ini Jawapan Ramai Tak Tahu

Sumber: X Orang Ramai

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.