Siakap Keli
pesawat penumpang tak bergerak
Kredit: Bernama

Pesawat Terbang Laju, Tetapi Kenapa Penumpang Tak Rasa ‘Bergerak’? Ini Jawapan Ramai Tak Tahu

Pesawat Terbang Laju, Tetapi Kenapa Penumpang Tak Rasa ‘Bergerak’? Ini Jawapan Ramai Tak Tahu

Ketika kita mendongakkan kepala ke langit pada cuaca cerah, kita dapat melihat kelibat kapal terbang yang meluncur di atas ruangan udara.

Kapal terbang berkenaan bergerak dengan lancar, ditemani dengan kepulan awan-awan yang putih dan gebu di sampingnya.

Secara ringkasnya, kita dapat melihat pergerakan kapal terbang berkenaan daripada bahagian tanah.

Namun, ketika berada di dalam kabin sebagai penumpang, kenapa kita tak rasa apa-apa semasa kapal terbang bergerak di ruang udara? Tahu-tahu sahaja, kita sudah sahaja sampai ke destinasi.

Jadi, jom kita kupas sama-sama isu dan cari jawapan supaya dapat menjawab persoalan semua pihak, terutama anda yang kerap bergerak menggunakan pengangkutan udara tersebut.

Pesawat terbang laju, kenapa penumpang rasa tak bergerak?

Menurut Mental Floss, penumpang tidak merasai apa-apa pergerakan kerana hakikatnya mereka sendiri sudah bergerak pada kelajuan yang sama seperti kelajuan kapal terbang yang dinaiki ketika itu.

Mata anda juga tidak dapat melihat pergerakan kapal terbang dari luar kerana ketika itu apa yang dapat dilihat hanya ruang kabin atau badan kapal terbang bahagian dalam.

Situasi yang sama juga dilalui oleh anda ketika menaiki kenderaan lain seperti kereta atau kereta api.

Namun begitu, ada sedikit perbezaan. Ketika berada di dalam kenderaan lain selain kapal terbang, anda dapat merasa sedikit pergerakan.

Apabila menggunakan pengangkutan darat, anda berada dekat dengan objek-objek lain seperti pokok dan boleh menggunakan objek tersebut sebagai rujukan.

Penumpang dapat merasai pergerakan dengan melihat pokok-pokok melepasi cermin tingkap kereta atau ketika memotong kenderaan-kenderaan lain ketika memecut.

Berbeza dengan kapal terbang yang berada jauh daripada permukaan Bumi, agak sukar untuk anda melihat objek-objek lain di luar dan dijadikan sebagai rujukan.

Ketiadaan objek-objek untuk dijadikan rujukan menyukarkan perspektif sedang bergerak terhasil.

Anda masih dapat melihat pergerakan kapal terbang dengan merujuk dua benda ini

Sungguhpun begitu, jika anda berada betul-betul dekat dengan daratan sehingga boleh melihat bayang-bayang pesawat, ini dapat membantu anda untuk melihat kelajuan pesawat dari sudut pandang yang berbeza.

Selain itu, anda juga boleh mengamati seberapa laju awan nipis bergerak di atas sayap pesawat. Namun begitu, awan juga bergerak namun pada kelajuan lebih rendah.

Anda juga mungkin tertanya-tanya, jika pesawat bergerak begitu laju, kenapa kita di Bumi melihat pesawat seolah-olah terbang perlahan? Jawapannya adalah berbalik kepada jarak antara anda dengan pesawat tersebut.

Objek bergerak yang terletak jauh dari pandangan mata akan kelihatan bergerak lebih perlahan berbanding objek bergerak yang terletak berdekatan dengan pandangan mata.

BACA: Baru Perasan, Rekaan Bumbung Plaza Tol PLUS Rupanya Berbeza-beza, Ini Alasannya

Sumber: Mental Floss

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma