Siakap Keli
Rabun boleh jadi pilot
Kredit TikTok/@zarulumbrellaofficial

Orang Rabun Masih Boleh Jadi Juruterbang, Tetapi Rabun Warna Tak Boleh, Kenapa? Ini Jawapannya

Orang Rabun Masih Boleh Jadi Juruterbang, Tetapi Rabun Warna Tak Boleh, Kenapa? Ini Jawapannya

Setiap orang hidup di atas muka bumi ini pasti mempunyai impian dan cita-cita yang mahu dicapai.

Terutamanya dalam mengejar impian dalam bidang pekerjaan yang diminati sedari kecil lagi.

Namun begitu, tidak semua bernasib baik dalam mengejar impian atau cita-cita ini. Terutamanya yang bercita-cita mahu menjadi anggota badan beruniform yang memerlukan kesihatan tubuh badan berada di tahap optimum.

Salah satu bidang pekerjaan yang menitik beratkan aspek kesihatan adalah pekerjaan sebagai juruterbang.

Kita sering diberitahu bahawa untuk menjadi juruterbang atau ‘pilot‘ memerlukan penglihatan yang baik dan tidak rabun. Tetapi sebenarnya, rabun tidak menghalang cita-cita anda untuk menjadi seorang juruterbang.

Untuk mengetahui ulasan berkenaan perkara tersebut mari kita ikuti perkongsian menarik tersebut pada hari ini.

Perkongsian itu telah dibuat oleh pemilik akaun TikTok penyanyi yang juga merupakan bekas pramugara iaitu @zarulumbrellaofficial.

Menerusi perkongsian tersebut, Zarul sedang melakukan audio siar atau ‘podcast‘ bersama seorang tetamu yang merupakan seorang juruterbang.

Perkongsian itu bermula sewaktu Zarul mengajukan soalan berkenaan tahap ketebalan cermin mata atau rabun sewaktu sedang menerbangkan kapal terbang kepada juruterbang tersebut.

Kredit TikTok

Menjawab persoalan tersebut, juruterbang atau kapten dikenali sebagai Mohammed Hassan berkata bahawa tiada peraturan yang ditetapkan berkenaan tahap rabun tersebut.

Kredit TikTok

“Regulation dia, kalau you rabun, you kena ada cermin mata. Dalam lesen, ada tulis need corrective lense. Rabun tak apa, yang tak boleh dan memang tak boleh adalah rabun warna,” jelas kapten tersebut.

Menurut keterangan tersebut, ini bermakna bahawa mereka yang rabun masih berpeluang untuk menjadi seorang juruterbang.

Rabun warna tidak boleh jadi juruterbang

Bagaimanapun, untuk menjadi seorang juruterbang, rabun warna atau buta warna tidak boleh sama sekali.

Apabila diminta untuk memberi penjelasan berkenaan isu tersebut, beliau menjawab bahawa dalam kokpit terdapat banyak warna.

Kredit AFP

“Dalam kokpit ni, dia punya design is banyak more on color coding. Tengok depan radar tu, contohlah radar warna hijau kita nampak darat, warna biru laut. Nampak warna merah kalau dalam weather tu cuacalah.

“Kalau orang rabun warna, silap-silap yang merah tu dia nampak warna hijau. Landing pun runway lampu-lampu hijau, merah, kuning. So memang bahayalah,” terang kapten itu lagi.

Kesimpulannya, mereka yang rabun masih berpeluang untuk menjadi juruterbang tetapi mereka yang rabun warna mungkin tidak berpeluang lagi.

Alasannya kerana ia boleh mendatangkan mudarat dan bahaya ketika menerbangan pesawat.

@zarulumbrellaofficial

Pilot dan bbrp masalah RABUN #podcast #borakdalamketalapulaklah @Afifazhanee

♬ original sound – Zarul Umbrella – Zarul Umbrella

Sumber: TikTok/@zarulumbrellaofficial

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.