Siakap Keli
abang askar share persiapan sambut merdeka
Kredit TikTok/@iezzallriena

Kereta Kebal Dah Siap Berbaris, Abang Askar “Share” Persiapan Sambut Merdeka

Kereta Kebal Dah Siap Berbaris, Abang Askar “Share” Persiapan Sambut Merdeka

Tinggal beberapa hari lagi, negara kita bakal meraikan sambutan kemerdekaan buat kali yang ke-66.

Bertemakan Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan, sambutan hari kemerdekaan pada 31 Ogos ini akan berlangsung di Putrajaya.

Kesibukan persiapan untuk menyambut hari kemerdekaan tersebut kini, pasti sudah berada di peringkat akhir.

Seperti yang dikongsikan oleh abang askar menerusi perkongsian pengguna TikTok yang bernama @iezallriena.

Kredit TikTok

Perkongsian tersebut menunjukkan pasukan badan beruniform angkatan tentera darat sedang bersiap sedia dengan kelengkapan kenderaan berperisai yang dipercayai akan digunakan dalam perbarisan pada 31 Ogos ini.

Kredit TikTok

Berdasarkan perkongsian video itu lagi, kelihatan berpuluh-puluh kenderaan berperisai dengan pelbagai fungsi sedang disediakan untuk acara perbarisan.

Setiap tahun, acara perbarisan merupakan tumpuan utama bagi pengunjung untuk menyaksikan kemeriahan acara sambutan tersebut.

Kredit TikTok

Selain angkatan tentera darat, pelbagai agensi dan badan beruniform yang lain seperti polis, bomba, RELA dan lain-lain lagi turut akan menyertai setiap kali perbarisan kemerdekaan diadakan.

Pada waktu inilah pengunjung berpeluang untuk melihat lebih dekat aset-aset negara yang dimiliki oleh setiap unit badan beruniform.

Perkongsian muat naik video tersebut turut mendapat perhatian pengguna media sosial. Mereka juga sempat dilihat meninggalkan komen mereka berkenaan video tersebut.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Terima kasih tuan, kerana jaga keselamatan negara Malaysia. Dengan izin Allah, berkat pengorbanan tuan-tuan perwira negara, kami dapat tidur aman,” tulis seorang netizen yang berterima kasih dengan perjuangan perwira negara itu.

“Bang tunggu saya datang nanti 31/8. Terbaik bang askar semua. Bang askar semua idola saya,” tulis seorang lagi netizen.

“Semoga selamat sampai tuan ke destinasi,” tulis seorang netizen yang mendoakan pasukan askar selamat sampai ke destinasi yang dituju sempena sambutan kemerdekaan kali ke-66.

@iezzallriena

Putrajaya On #merdeka2023❤️🇲🇾 #fypシ゚viral #fypage #atmmalaysia🇲🇾 #tenteramalaysia

♬ Dj Unityyy Remix Santuy – DJ ALI

Guna “Sellotape” Je, Wanita Kongsi Cara Mudah Lukis Bulan Dan Bintang Bendera Malaysia

Perkongsian pada hari ini akan berkongsikan tips dan cara mudah untuk melukis bintang 14 bucu yang sering menjadi igauan ngeri bagi setiap orang khususnya yang tidak pandai melukis.

Perkongsian video tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok bernama @herbbymall.

“Zaman Sekolah dulu, korang lukis Bintang ni ada rupa bintang tak? Ke tak jadi, serupa tahi bintang?,” tulis muat naik perkongsian tersebut.

BACA: Pekedai Bagi Diskaun Harga Makanan Jika Pakai Baju Jalur Gemilang, Lahir 31 Ogos

Menurut wanita itu, barang-barang yang diperlukan untuk melukis bintang tersebut adalah mudah dan ia mungkin berada dalam simpanan anda sendiri.

Antara barang-barang yang akan digunakan adalah pensel, pembaris, pemadam, sellotape besar dan sellotape kecil atau penutup botol kecil.

Sumber: TikTok/@iezallriena

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: