Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Vokalis Coldplay Chris Martin Dipercayai ‘Sujud’ Sebaik Tiba Di Malaysia

Nurhanis
chris sujud malaysia
Kredit: @myjienaaaa/TikTok 

Vokalis Coldplay Chris Martin Dipercayai ‘Sujud’ Sebaik Tiba Di Malaysia

Tindakan spontan vokalis kumpulan rock popular dari Britain Coldplay, Chris Martin yang tunduk ke tanah dan dipercayai seakan ‘bersujud’ seusai turun dari tangga pesawat selepas tiba di Malaysia meraih perhatian ramai.

Video yang dimuat naik menerusi akaun (@myjienaaaa) menunjukkan vokalis kumpulan terkenal itu turun dari pesawat dan kemudiannya membuka topi dan melutut sebelum mencium tanah selama beberapa saat.

Beliau kemudiannya bangun dan memakai topinya semula. Selepas itu, Chris mengorak langkah menuju ke dalam kawasan lapangan terbang.

Semalam, media melaporkan kumpulan tersebut telah mendarat di negara ini pada awal pagi bagi menjayakan konsert siri jelajah Music Of Spheres World Tour (MOTSWT) di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Meskipun ia mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat namun perkara yang dilakukan Chris itu bukanlah benda baharu.

Sebelum ini, media Indonesia melaporkan beliau pernah melakukan perkara yang sama sebelum meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma, Jakarta untuk konsert jelajahnya.

Chris yang menaiki pesawat peribadi berhenti di kawasan landasan dan melutut sebelum membuat gerakan sujud selama beberapa saat.

Tindakan Chris dirakam dan menjadi viral di media sosial Indonesia selepas perkara tersebut mengundang rasa senang dalam kalangan peminat.

Tidak dinafikan Chris pandai dalam mengambil hati peminat dan perkara itu sememangnya dipuji oleh sebilangan warga maya.

BACA: ‘Suis Pemati’ Akan Digunakan Dalam Konsert Coldplay Malam Ini – Fahmi

“Hormat dengan Chris, sentiasa menunduk ya,” tulis salah seorang warga maya.

“Dia sangat gembira di Indonesia,” kata netizen.

“Chris seorang yang pandai bersyukur,” seloroh warga maya lagi.

Setelah selesai menjalankan konsert di negara itu, Chris kemudiannya membuat hantaran di Instagram Stories (Igs) untuk menyatakan apa yang dirasa olehnya.

“Lebih baik lewat daripada tidak datang (Indonesia) terus. Kami mengambil masa selama 25 tahun untuk sampai ke Jakarta.

“Saya mahu mengambil masa untuk menjadikan bahagian ini perkara terpenting dan akan diingati. Terima kasih kerana menunggu us. W.X,” muat naik Coldplay dalam bahasa Inggeris di Igs selepas konsert.

Sumber: @myjienaaaa/TikTok