Siakap Keli
bersihkan siput sedut
Kredit TikTok/@lalisuryainimohdali

Pakai Batang Pelepah Pisang, Rupanya Ini Cara Nak Potong & Cuci Siput Sedut Dari Lumpur

Pakai Batang Pelepah Pisang, Rupanya Ini Cara Nak Potong & Cuci Siput Sedut Dari Lumpur

Bagi anda si penggemar makanan bercangkerang, pasti pernah melalui pengalaman yang tidak dapat dilupakan seperti tergigit pasir atau tertelan lumpur.

Untuk memasak hidupan bercangkerang, proses membersihnya adalah perkara yang paling penting perlu dilakukan. Lebih-lebih lagi hidupan yang diketahui antara habitatnya adalah di kawasan berlumpur seperti kerang, lala, kupang dan sebagainya.

Selain haiwan yang dinyatakan itu, siput sedut juga antara hidupan bercangkerang yang perlu dititik beratkan dalam proses pembersihannya.

Apabila berada di dalam lumpur, keadaan cengkerang siput sedut mungkin sedikit kotor dan lumpur-lumpur mungkin ada dibahagian isi juga.

Di Malaysia, siput sedut baisanya disediakan sebagai juadah masak lemak atau masah lemak cili api yang popular di Negeri Sembilan.

Namun disebabkan kaedah pembersihannya yang remeh, tidak ramai yang pandai untuk menyediakan menu tersebut.

Justeru, perkongsian pada hari ini akan berkongsikan cara bagaimana mahu membersihkan siput sedut.

Perkongsian tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @lalisuryainimohdali.

Menurut wanita itu, cara untuk potong siput sedut adalah dengan memotong di bahagian belakang haiwan tersebut.

Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan potong hujung siput sedut itu dengan menggunakan pisau atau objek yang tajam.

Kredit TikTok

Selesai sahaja potong bahagian hujung siput tersebut, kini tiba masa untuk membersihkannya daripada segala sisa-sisa lumpur.

Berdasarkan video perkongsian tersebut, langkah yang perlu anda lakukan adalah dengan membasuhnya menggunakan batang pelepah pisang.

Kredit TikTok

Gonyoh siput sedut tadi menggunakan batang pelepah pisang sehingga air jernih dan betul-betul yakin sudah bersih.

Kredit TikTok

Kini, siput sedut anda sudah tersedia untuk dimasak mengikut menu kegemaran anda.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai dilihat telah meninggalkan komen mereka berkenaan perkongsian menarik tersebut.

BACA: “Hari Yang Naif Menjadi Geliga…”, Tular Ucapan Penuh Puitis VC UPSI, Buat Ramai Sebak

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Rumit juga ya proses dia. Selama ni ceduk sedut ja,” tulis seorang netizen.

“Baru tahu kak boleh guna pelepah pisang basuh siput. Nasib baik saya beli je kalau nak makan siput,” tulis seorang netizen yang baru mengetahui teknik cucian guan pelepah pisah tersebut.

“Masak lemak cili api sedap sangat ni,” tulis seorang lagi netizen yang berkata bahawa siput tersebut sedap dimasak gulai lemak cili api.

@lalisuryainimohdali

Replying to @wirdazul @rozitaumar_kitchen @syiezee ni cara akak potong dan cuci siput tu. #lilynurindapurkampung #logratpahang #siputsedut #carasiangsiputsedut #siputsedutmasaklemak

♬ Kole Semantan – Hariz & Pyan

Sumber: TikTok/@lalisuryainimohdali.

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.