Siakap Keli
lelaki tumbuk isteri
Gambar: BERNAMA

Lelaki Ditahan Polis, Didakwa Tumbuk Isteri & Anak Selepas Dirakam Bawa Balik Teman Wanita

Lelaki Ditahan Polis, Didakwa Tumbuk Isteri & Anak Selepas Dirakam Bawa Balik Teman Wanita

Seorang wanita cedera selepas didakwa ditumbuk suami sendiri ketika cuba merakam tindakan lelaki itu membawa masuk teman wanita ke dalam bilik tidur mereka.

Kejadian berkenaan dilapor berkalu di Taman Desa Pauh, Perlis.

Menurut laporan Sinar Harian, kejadian tersebut berlaku pada pukul 5.10 petang, hari Selasa (21 November 2023) lalu.

Ketika kejadian tersebut, mangsa yang berusia 53 tahun itu baru sahaja sampai di rumah tersebut. Apabila tiba di rumah, wanita tersebut mendapati suaminya yang berusia 49 tahun cuba menyembunyikan teman wanitanya itu di dalam bilik air.

Polis tahan lelaki, didakwa tumbuk isteri sendiri

Menurut Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md Rodi, wanita tersebut marah dan cuba merakamkan perbuatan suaminya.

Anak lelaki mangsa cuba membantu mangsa ketika dalam pergelutan tetapi dicekik dan ditumbuk bapa sendiri

BACA: Francais One Piece Kini Lebih Besar & Popular Berbanding Francais Harry Potter & Star Trek

“Apabila suspek menyedari hal itu maka berlaku pergelutan antara mereka. Suspek yang berang kemudian merampas dan membuang telefon bimbit mangsa ke lantai sehingga pecah sebelum menyiku atas bahu, menampar dan menumbuk muka mangsa sehingga terjatuh dan cedera.

“Semasa kejadian, anak lelaki mereka yang berusia 16 tahun cuba membantu, namun suspek bertindak mencekik leher dan menumbuk dada serta mulut remaja itu sehingga mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Jelas beliau, mangsa kemudian menfailkan laporan berkenaan kejadian tersebut di Balai Polis Arau.

Kemudian, wanita berkenaan bersama anak hadir ke Hospital Tuanku Fauziah di Kangar untuk mendapatkan rawatan.

“Hasil laporan awal perubatan mendapati mangsa mengalami kesan bengkak di bahagian pipi kiri dan bahu kiri manakala anak lelakinya pula mengalami sakit di bahagian kepala, tangan kanan, lutut kanan dan perut,” jelasnya.

Suspek yang difahamkan seorang penganggur itu kemudian ditahan polis dan direman bagi membantu siasatan. Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan kepada individu lain.

BACA: Rupanya Kena Pulang Balik, Kenali Xyloband, Gelang Cahaya Dipakai Peminat Coldplay

Sumber: Sinar Harian

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma