Siakap Keli
aisberg terbesar bergerak
Kredit: AFP

Aisberg Terbesar Dunia Bergerak, Menuju Ke Lautan Selatan Selepas Tiga Dekad

Aisberg Terbesar Dunia Bergerak, Menuju Ke Lautan Selatan Selepas Tiga Dekad

Saintis mendedahkan sebongkah aisberg terbesar di dunia di Antartika kini semakin mencair dan hanyut ke arah Lautan Selatan buat pertama kali dalam tempoh lebih tiga dekad, lapor CNA.

Difahamkan bongkah ais yang dipanggil A23a, berkeluasan 4,000 kilometer persegi itu bersaiz lima kali ganda lebih besar daripada Singapura.

Sejak pemusnahan ais Filchner-Ronne Antartika Barat yang terjadi pada tahun 1986, bongkah ais itu telah terkandas selepas serpihannya tersangkut di Laut Weddell.

Bagaimanapun perkara itu tidak lagi terjadi selepas aisberg yang hampir seberat satu trilion tan metrik itu kini hanyut dengan cepat melepasi hujung utara Semenanjung Antartika yang turut dibantu oleh angin kencang.

Menurut ahli glasiologi British Antarctic Survey Oliver Marsh perkara tersebut jarang berlaku hingga para saintis memerhatikan trajektorinya dengan teliti.

Dalam penyelidikannya mereka mendapati memandangkan ia semakin laju, ‘gunung besar’ itu mungkin akan hanyut ke dalam Arus Circumpolar Antartika.

BACA: Kopi Campur Bara Arang? Ini Asal Usul Kopi Joss

Kemudiannya, ia akan bergerak ke arah Lautan Selatan, laluan yang dikenali sebagai aisberg di mana serpihan seumpamanya juga boleh ditemui terapung di perairan dalam.

“Dari masa ke masa ia mungkin akan menipis (mencair) sedikit dan mempunyai sedikit daya apungan tambahan yang membolehkannya terangkat dari dasar laut dan ditolak oleh arus laut,” kata Marsh. 

Difahamkan, A23a juga merupakan antara gunung ais tertua di dunia.

Terdapat kemungkinan bahawa A23a sekali lagi boleh dikekalkan di Pulau Georgia Selatan, bagaimanapun ia akan menimbulkan masalah kepada hidupan liar Antartika.

Berjuta binatang seperti anjing laut, penguin dan burung laut membiak di pulau itu dan hidup di perairan sekitarnya. 

Sebelum ini pada 2020, sebuah lagi gunung ais gergasi dinamakan A68 telah menimbulkan kebimbangan bahawa ia akan bertembung dengan Georgia Selatan.

Pertembungan itu akan menghancurkan hidupan marin di dasar laut dan memotong akses makanan.

Pun begitu, kejadian yang tidak diingini itu dapat dielakkan apabila gunung ais itu terpecah menjadi kepingan yang lebih kecil.

Sumber: CNA

BACA: Satelit Berjaya Rakam Imej Aisberg Bersaiz Lebih Besar Dari Paris Nyaris Berlanggaran Di Antartika

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana