Siakap Keli
kanak-kanak jatuh longkang
Kredit: Bomba

Kanak-kanak Jatuh Longkang Ditemui Maut

Kanak-kanak Jatuh Longkang Ditemui Maut

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang hilang dan dikhuatiri terjatuh ke dalam longkang di Taman Goodwood, Bukit Palah pada Sabtu ditemukan di longkang besar Taman Desa Baru, berhampiran Hospital Melaka pagi tadi.

Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka menemukan mayat mangsa, Muhammad Danish Mohd Faizal kira-kira 9.30 pagi hari ini.

Semalam, media melaporkan kanak-kanak tersebut hilang lebih kurang jam 3.25 petang selepas disedari oleh ibunya ketika sedang berniaga di kawasan tersebut.

Sebelum ini, seorang lelaki warga emas menempuh detik mencemaskan apabila ditetak seorang penyamun yang menyamar sebagai tukang rumah di Taman Indah Jaya di Teluk Intan, semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata dalam kejadian pada pukul 5.20 petang, itu mangsa berusia 74 tahun yang berseorangan di rumah teres satu tingkat itu didatangi seorang lelaki tempatan yang menawarkan kerja-kerja pengubahsuaian di bahagian hadapan pagar rumah mangsa.

“Mangsa yang terpedaya dengan tawaran tersebut telah membenarkan suspek masuk ke dalam rumah. Suspek kemudiannya bertindak menolak badan mangsa dengan kuat sehingga terjatuh.

“Mangsa cuba untuk melarikan diri namun dihalang suspek dan telah bertindak menetak tangan mangsa dengan menggunakan sebilah parang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ahmad Adnan suspek bertindak mengikat kedua-dua tangan mangsa menggunakan tuala kecil serta pada masa sama, dua orang lagi rakan suspek masuk ke dalam rumah berkenaan untuk menggeledah dan berjaya melarikan barangan kemas, jam tangan pelbagai jenama, sebuah telefon bimbit, wang tunai berjumlah RM3,000 serta sebuah Perodua Axia milik mangsa.

“Mangsa mengalami kecederaan luka di bahagian jari telunjuk kanan dan menerima lima jahitan telah meminta bantuan orang awam dan mendapatkan rawatan di Hospital Teluk Intan,” katanya.

Sumber: Melaka Hari Ini/Facebook

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana