Siakap Keli
laluan jalan lama ditutup
Kredit: Young Syefura Othman/Facebook

Laluan Jalan Lama Dari Genting Sempah Ke Janda Baik Ditutup Lima Hari

Laluan Jalan Lama Dari Genting Sempah Ke Janda Baik Ditutup Lima Hari

Laluan jalan lama dari Genting Sempah menghala ke Janda Baik akan ditutup selama lima hari mulai hari ini selepas berlaku limpahan air akibat hujan lebat di kawasan tersebut.

Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman memaklumkan penutupan jalan buat sementara itu bagi membolehkan kerja membaik pulih dan pembersihan dilakukan.

“Buat masa ini hanya satu jalan yang boleh digunakan ke Kampung Janda Baik iaitu dari susur jalan lama Bukit Tinggi menghala ke SMK Bukit Tinggi.

“Manakala laluan dari Balai Polis Bukit Tinggi ke Janda Baik ditutup buat sementara waktu sehingga dimaklumkan kelak kerana berlaku keretakan jalan akibat banjir kilat yang berlaku malam tadi,” katanya.

Justeru, beliau memohon Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membuat kajian menyeluruh bagi kerja mitigasi yang diperlukan khususnya di kawasan berisiko seperti Bukit Tinggi dan Janda Baik, selain siasatan lanjut untuk melihat jika terdapat kejadian seperti penerokaan haram di situ.

“Kajian menyeluruh akan dibuat oleh pihak JPS bagi kerja-kerja mitigasi yang diperlukan untuk seluruh Daerah Bentong khususnya untuk kawasan berisiko tinggi seperti di Bukit Tinggi dan Janda Baik.

“Dalam masa yang sama kerja-kerja membaik pulih segera cerun dan jalan, serta kerja pembersihan dan pendalaman sungai akan dilakukan oleh pihak JKR (Jabatan Kerja Raya) dan JPS buat sementara waktu sebelum pelan membaik pulih jangka panjang dilakukan,” ujarnya selepas melakukan mesyuarat di Balai Polis Bukit Tinggi pagi tadi.

BACA: Jalan Sungai Besi Ditutup Secara Berperingkat Mulai 2 Okt

Katanya, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk berjaga-jaga dan peka dengan keadaan.

“Kepada semua pengguna jalan raya supaya berhati-hati ketika memandu dan berwaspada dengan keadaan sekeliling,” tambahnya.

https://www.facebook.com/youngsyefura/posts/pfbid032YvKt18E2z7tsRGMsFZ9PtvAeNfGXaUGMqdBvgc9JfKHBMgXWAdL4qm6MWjzF6gHl

Sumber: Young Syefura Othman/Facebook

BACA: Ditutup Lebih Setahun, Ini Wajah Baru Taman Tasik Titiwangsa Yang Ramai Tak Tahu

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.