Faisal Halim Follow Instagram TMJ
Faisal Halim dilaporkan mula mengikuti Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim di laman Instagram. Tambahan lagi, dalam senarai following Faisal, tiada nama Tan Cheng Ho selaku jurulatih Selangor.
Ini menguatkan lagi desas-desus perpindahan saga Faisal Halim ke kelab tersohor Johor Darul Ta’zim bagi mengharungi kempen tahun hadapan. Namun, sehingga ke hari ini masih belum ada apa-apa berita yang sahih bahawa Faisal Halim sudah bersetuju menyertai JDT.
Selepas perlawanan menentang Chinese Taipei baru-baru ini, Faisal mengucapkan terima kasih kepada TMJ kerana telah membentuk pasukan JDT secara langsung memberi kesan kepada prestasi semasa Harimau Malaya.