Ni Syarat-syarat Yang Perlu Tahu Kalau Nikah Di Siam
Perkahwinan amat digalakkan dalam Islam kerana ia bukan sahaja melindungi diri daripada maksiat dan dosa tetapi juga memperluaskan hubungan kekeluargaan.
Tempat bernikah adalah bergantung kepada pasangan dan bagi mereka yang memilih untuk bernikah di luar negara seperti Thailand, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu.
Kebanyakan ramai yang memilih untuk bernikah di negara tersebut kerana ia tidak memerlukan kos yang banyak tetapi ada perkara yang perlu di ‘take note‘ oleh pasangan yang ingin bernikah di Siam.
Sebelum membuat keputusan untuk bernikah di Thailand, pastikan anda cakna dengan beberapa perkara yang disenaraikan di bawah ini supaya perkahwinan yang diikat itu mendapat barakah.
Berikut adalah syarat-syarat yang perlu diambil tahu.
BACA: Guna Bekas Aiskrim Pun Merimbun, Wanita Kongsi Cara Tanam Daun Kesum
Syarat-syarat bagi permohonan mendapatkan surat perakuan pernikahan (pasangan Islam) di Selatan Thailand daripada Konsulat Jeneral Malaysia (KJM) di Songkhla:
1. Salah seorang dari pasangan perlu hadir sendiri ke pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.
2. Mengisi borang permohonan perakuan pernikahan (hanya didapati di pejabat KJM di Songkhla sahaja).
3. Mengemukakan dokumen-dokumen berikut dalam 2 salinan:
3.1. salinan kad pengenalan pasangan;
3.2. salinan muka hadapan pasport atau pas sempadan pasangan;
3.3. salinan bukti cop kemasukan ke Thailand;
3.4. sijil dan keterangan nikah yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam di selatan Thailand;
3.5. surat pengesahan terkini dari Majlis Agama Islam bagi pernikahan yang telah melebihi setahun;
3.6. surat cerai atau sijil kematian (sekiranya pasangan adalah janda);
3.7. surat pengesahan masuk Islam (sekiranya pasangan adalah mualaf);
3.8. surat kebenaran bernikah daripada Ketua Jabatan (bagi anggota tentera /polis);
3.9. surat kelulusan keluar negara daripada Ketua Jabatan (bagi penjawat awam/anggota tentera dan polis);
3.10. surat persetujuan daripada ibu atau bapa bagi perempuan warganegara Malaysia berumur di bawah 18 tahun (hanya boleh didapati di pejabat KJM di Songkhla sahaja); dan
3.11. sijil lahir bagi perempuan (sekiranya berumur di bawah 18 tahun sebagai bukti perhubungan dengan ibu atau bapa).
4. Bagi pasangan perempuan warganegara Malaysia berumur di bawah 18 tahun, ibu atau bapa perlu hadir semasa pernikahan dan ketika permohonan perakuan dibuat di pejabat KJM di Songkhla.
5. Membuat bayaran sebanyak Baht100 (kira-kira RM10) bagi setiap helaian dokumen yang dikemukakan untuk pengesahan.
6. Pengeluaran surat perakuan pernikahan akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua (2) hari bekerja atau lebih, bergantung kepada maklum balas daripada Majlis Agama Islam yang berkenaan.
Sumber: Kementerian Luar Malaysia