Siakap Keli
Kredit: Newsflash

Kembar Siam Dengan Dua Kepala, Empat Tangan & Dua Kaki Selamat Dilahirkan Di Mesir

Seorang wanita di Mesir telah melahirkan sepasang kembar siam dengan dua kepala, empat tangan dan dua kaki.

Secara luarannya, adik beradik kembar siam ini kelihatan bercantum dan seakan-akan  menyerupai seorang bayi biasa dari bahagian bawah pinggang.

Namun, disebabkan keadaannya yang luar biasa, badan mereka tercantum dan setiap daripada mereka memiliki sepasang lengan, leher dan kepala masing-masing.

Sebelum bersalin, wanita tersebut sudah dijangka bakal melahirkan cahaya matanya dalam keadaan sedemikian.

Kedua-dua bayi tersebut dilahirkan melalui pembedahan Caesar selepasverada dalam kandungan selama sembilan bulan di Hospital Universiti Mansoura di Mesir.

Kemudian, bayi kembar siam tersebut dipindahkan dengan segera ke hospital pakar kanak-kanak yang berdekatan. Jantina bagi kedua-dua adik beradik tersebut tidak didedahkan.

Selain itu, terdapat kemungkinan bahawa anggota badan bagi kedua-dua adik-beradik itu tidak dapat dipisahkan kerana mereka berkongsi terlalu banyak organ melalui perut dan dada dan tidak dapat bertahan jika bersendirian.

Sebelum ini, sepasangan kembar siam yang bercantum dari dada ke bahagian pelvis berjaya dipisahkan pada September lalu, selepas sesi pembedahan tergendala berikutan wabak COVID-19.

Bayi-bayi tersebut telah dipindahkan ke Ormond Street Hospital, London dan menjalani pembedahan di sana.

Ibubapa bagi bayi-bayi tersebut, Hannah dan Dan Batesont memaklumkan menerusi media sosial bahawa pembedahan tersebut berjaya.

“Annie dan Issie berjaya dipisahkan. Ia mengambil masa sehari suntuk, dan pembedahan mereka berakhir pada awal pagi Selasa.

“Masih banyak sesi pemulihan yang perlu dilakukan dan kami menjangkakan terdapat beberapan cabaran sepanjang perlaksanaannya tetapi mereka merupakan insan yang kuat,”.

BACA: Selepas 24 Jam Pembedahan, Kembar Siam Pramatang Stabil

Sumber: The Mirror

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.