Siakap Keli
chong wei anak markah
Gambar: Fb Lee Chong Wei

“Harap Cikgu Sihat,” Kisah Anak Chong Wei Dapat Markah Cemerlang Dalam Ujian BM Buat Ramai Terhibur

“Harap Cikgu Sihat,” Kisah Anak Chong Wei Dapat Markah Cemerlang Dalam Ujian BM Buat Ramai Terhibur

Sebagai insan yang bergelar ibu bapa, tentunya terukir senyuman di raut wajah apabila mendapat tahu anak-anak meraih markah atau keputusan yang cemerlang dalam ujian.

Lebih manis apabila keputusan itu dikongsi bersama ahli keluarga.

Baru-baru ini, bekas jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berkongsi satu hantaran berhubung keputusan cemerlang yang diperolehi anaknya, Kingston Lee dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (BM).

Sewaktu pulang dari sekolah, Kingston memberitahu telah memperolehi keputusan cemerlang dengan 90 markah pada minggu lepas. Namun, ada kisah lucu di sebalik markah cemerlang itu.

Gambar: Fb Lee Chong Wei

Tergamam Anak Bawa Pulang “Kejayaan”

Pada awalnya, beliau menyangka ia hanyalah gurauan semata-mata daripada anaknya, namun ia adalah benar. Sebagai ibu bapa, tentunya tiada kata-kata yang dapat diluahkan melihat kejayaan diraih oleh permata sendiri membawa pulang berita gembira itu.

Chong Wei berkata, beliau agak terkejut dengan keputusan yang diperolehi oleh anaknya itu.

BACA JUGA: Runtuhan Gudang: Empat Mangsa Yang Dikhuatiri Terperangkap, Dikesan Melarikan Diri 

“Saya mengaku, standard BM Kingston masih ada ruang untuk diperbaiki. Malah ruang tu besar. Karangan dia biasa B, kekadang C, sekali-sekala ada A.

“Minggu lepas dia balik dari sekolah, Kingston menjerit Papa, aku broke rekod Karangan. 90 Markah.

“Aku pun terpaku jap, kebanggaan mengambil alih jiwa. Tunjuk, papa nak tengok  minta aku dengan Kingston,” katanya.

Menjengah pada esei bertajuk “balik kampung” oleh anaknya, Chong Wei menyedari terdapat keraguan dengan markah tersebut. Memandangkan terdapat banyak kesalahan ejaan dan penggunaan bahasa yang sederhana setelah diisemaknya.

Lah…Rupanya Ini Sebab Kingston Lee Dapat Markah 90 Dalam BM

Setelah diteliti, rupa-rupanya anaknya mengambil hati gurunya dengan menyampaikan ucapan hari lahir buat gurunya. Pada hujung perenggan terakhir karangan tersebut terdapat penambahan ayat.

“Aku baca. Banyak je ejaan mistake. Jalan bahasa pun lebih kurang. Dah nak sampai hujung baru aku tahu kenapa.

“Lepas perenggan terakhir, dia tambah ayat. Cikgu happy birthday, sebab you BM saya power. Saya berharap cikgu sihat hingga umur yang angka sama dengan markah karangan saya hari ini,” tulisnya.

Dalam kirimannya itu, Chong Wei juga turut berkongsi suasana sambutan hari lahir anak ketiganya, Anson Lee yang sudah berusia satu tahun.

https://www.instagram.com/p/C0LMfRspCkW/?hl=en

Sumber: Instagram @leechongwieofficial

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.