Siakap Keli

Maritim Malaysia Gagalkan 413 PATI Masuk Secara Haram Melalui Selat Melaka

KLANG, 29 November – Kesiapsiagaan dan tindakan pantas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melaksanakanpenguatkuasaan di kawasan perairan Selat Melaka sepanjang tahun ini telah berjaya menumpaskan 51 kes cubaan menyeludup masuk 413 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke negara ini.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Pertama Maritim Vincent A/L Rajamony berkata, data berkenaan jelas menunjukkan iltizam Maritim Malaysia memastikan Zon Maritim Malaysia (ZMM) selamat daripada ancaman jenayah dan aktiviti salah laku maritim seperti rompakan, pencerobohan bot nelayan asing, penyeludupan barangan kontraban serta kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau mana-mana pihak melalui jalan laut secara haram.

Beliau turut berkata dalam satu kenyataan semalam, selain rondaan dan operasi secara berterusan, MaritimMalaysia juga melaksanakan latihan berbentuk operasi di laut bagi mengukur kesiagaan dan keupayaan aset-aset Maritim Malaysia dalam melakukan tugasan yang diberikan.

Katanya lagi, untuk itu Maritim Malaysia melaksanakan Eksesais Maritim Perkasa Barat 2023 bermula 26 November di Klang, Selangor dan akan berakhir di PulauLangkawi pada 3 Disember nanti.

Bakal melalui perairan Selat Melaka sepanjang 630 batu nautika, Vincent memaklumkan eksesais ini adalah kesinambungan daripada kejayaan Eksesais Maritim Perkasa Timur 2023 yang diadakan di kawasan perairan Sabah dan Sarawak pada awal November lalu.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Perasmian Eksesais MaritimPerkasa Barat 2023 di sini semalam. Turut hadir sama pada majlis berkenaan Pengarah Ekesais, Kapten Maritim Shahref Steve Mac Queen bin Abdullah dan Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Selangor, Kapten Maritim Mohd Sharenliza Ghazali.

Mengulas lanjut berkenaan Eksesais ini, Vincent turut memaklumkan Eksesais Maritim Perkasa Barat 2023 akan melibatkan hampir 500 orang pegawai dan anggota dengan kekuatan sebanyak 15 buah kapal terdiri daripada Kelas OPV(2unit), Kelas NGPC (2 unit), Kelas GAGAH (1 unit), Kelas RAMUNIA (1 unit), Kelas NUSA (2 unit) dan Kelas TUGAU (7 unit).

Selain itu dua buah pesawat udara milik agensi ini iaitu helikopter Agusta Westland AW139 dan AS365 N3 Dauphin akan turut serta sepanjang eksesais tersebut.

Eksesais Maritim Perkasa Barat bakal menjalani tiga fasa latihan bermula dengan Fasa Pelabuhan iaitu sesi taklimat siri latihan dan sesi Table Top yang telah dilaksanakan pada 26 dan 27 November lalu di Klang Selangor.

Selepas fasa berkenaan, pegawai dan anggota akan melalui fasa kedua iaitu Fasa Laut di mana pada peringkat ini aset-aset agensi melakukan pelayaran dari Perairan Klang ke Pulau Langkawi bermula 28 November hingga 1 Disember 2023.

Fasa terakhir merupakan Fasa Penutup Eksesais. Pada fasa ini sesi Post ExerciseDebrief (PXD) akan dilaksanakan bagi melihat pencapaian dan penambahbaikan untuk eksesais akan datang di Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis di Pulau Langkawi pada 2 dan 3 Disember 2023.

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.