Siakap Keli
Gambar via Daily Star

Pencipta Animasi Wallace & Gromit Cadang Guna AI

Pencipta Animasi Wallace & Gromit Cadang Guna AI

Pencipta siri Wallace & Gromit bercadang untuk menerbitkan rancangan mereka yang akan datang menggunakan kecerdasan buatan (AI). Ini kerana, mereka risau sekiranya penonton hilang minat terhadap watak-watak claymation daripada tanah liat itu.

Aardman Animations, sebuah studio animasi yang melakukan stop-motion puppets, telah mendedahkan bahawa mereka sedang ‘bermain-main’ dengan AI. Pengasas bersama, Peter Lord mengatakan terdapat sebuah magic apabila mencipta watak menggunakan tanah liat seperti watak pereka cipta dan anjing itu. Tetapi, mereka akan mempelajari teknik baru itu sekiranya penggunaan AI menjadi lebih terkenal.

Menurut Peter Lord, “Sekiranya tiada lagi orang yang peduli dengan stop-motion, kami akan menyesuaikan diri kami dengan AI. Tetapi, kami tetap akan lakukan apa yang kami telah lakukan sekiranya ada orang yang mahukannya,”

Walaupun studio miliknya sedang cuba menggunakan AI, dia berfikiran bahawa orang ramai tetap akan menggemari stop-motion kerana mereka boleh melihat bagaimana ia dihasilkan.

Katanya lagi, “Saya tidak begitu tertarik dengan kesempurnaan. Kadang-kadang, ia bagus apabila AI dapat meniru dunia nyata. Tetapi, saya lebih suka apabila ia memberikan gambaran kehidupan sebenar dan dipermudahkan,”

Menurutnya lagi, syarikatnya itu mempunyai 10 atau lebih projek, termasuklah filem terbaru Wallace & Gromit yang dijadualkan akan dikeluarkan pada tahun 2024.

Kehabisan Stok Tanah Liat

Kini, syarikat itu sedang mengalami kehabisan stok tanah liat kerana syarikat pembekal tanah liat mereka, Newclay Products telah menutup kilang Newton Abbot milik mereka tahun ini. Mereka dijangkakan untuk menggunakan tanah liat yang terakhir yang telah digunakan sepanjang 70 tahun pembikinan filem tersebut.

Namun, Aardman telah mengumumkan bahawa mereka mempunyai stok tanah liat yang lain untuk memenuhi kehendak peminat animasi mereka. Seorang jurucakap bagi syarikat itu memberitahu orang ramai tidak perlu risau.

Mereka turut menambah, “Kami mempunyai jumlah stok yang tinggi untuk tanah liat yang akan digunakan pengeluaran filem terkini dan yang akan datang,”

Contoh filem mereka yang akan datang dan dikatakan akan dikeluarkan pada bulan hadapan adalah sequel kepada filem terhangat mereka, Chicken Run yang ditayangkan pada tahun 2000. Sequel filem itu yang diberi nama, Chicken Run: Dawn of the Nugget, telah mengambil masa selama enam tahun untuk menghasilkannya. Ia juga telah menggunakan kira-kira 200 model tanah liat.

Wallace & Gromit

Cerita terkenal mereka iaitu, Wallace & Gromit, merupakan filem digemari ramai selama lebih daripada 3o tahun. Filem animasi daripada Aardman Animations itu mengisahkan tentang seorang pereka cipta dan seekor anjing yang direka oleh Nick Park. Pengeluaran pertama filem itu adalah pada tahun 1989 yang berjudul A Grand Day Out.

Setiap watak dalam cerita itu diperbuat daripada plastisin dan filem itu dirakam menggunakan teknik stop-motion, di mana setiap model digerakkan sedikit demi sedikit dan setiap pergerakan itu dirakam. Ini bermakna filem itu mengambil masa yang lama untuk dirakamkan.

Terdapat perbezaan antara model asal untuk Wallace dan Gromit dengan lakaran asal oleh Nick Park untuk kedua-dua watak itu. Nick Park telah menukar Gromit kepada seekor anjing kerana menurutnya, anjing lebih mudah untuk dianimasikan.

Gromit yang merupakan seekor anjing, tidak bercakap dalam mana-mana filem yang ditayangkan. Tetapi, dalam lakaran asal Nick Park, Gromit mempunyai mulut dan dalam lakaran itu juga, Gromit dilukis dengan badan yang lebih besar dan bulat.

Sumber: Daily Star

BACA JUGA: Ingat Lagu Galau, Vokalis D’Masiv Dedah ‘Rindu Setengah Mati’ Sebenarnya Lagu Ketuhanan

Nurul Alya