Siakap Keli
Bukan Warganegara Malaysia Akan Dikenakan Caj Bas GoKL - DBKL Dewan Bandarya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengenakan caj terhadap penumpang bukan warganegara yang menggunakan perkhidmatan Bas GoKL
Kredit: Bernama

Penumpang Bukan Warganegara Malaysia Akan Dikenakan Caj Bas GoKL – DBKL

Penumpang Bukan Warganegara Malaysia Akan Dikenakan Caj Bas GoKL – DBKL

Dewan Bandarya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengenakan caj terhadap penumpang bukan warganegara yang menggunakan perkhidmatan Bas GoKL.

Notis berkenaan telah dimuat naik menerusi satu hantaran di Facebook rasminya (Dewan Badaraya Kuala Lumpur)  pada 5.38 petang, hari ini.

Difahamkan, caj ini akan dilaksanakan secara berperingkat serta melibatkan empat jenis laluan di sekitar pusat bandar.

Antara laluan yang terlibat adalah Laluan 01 (Hijau), Laluan 02 (Ungu), Laluan 03 (Merah) dan Laluan 04 (Biru).

Manakala, transaksi pembayaran dalam dalam mod tanpa tunai iaitu sama ada menggunakan kad Touch ‘n Go, kod QR, kad kredit ataupun kad debit.

Perkhidmatan GoKL percuma bagi warganegara Malaysia

Bagi warganagera Malaysia pula, penumpang dikehendaki untuk menggunakan kad MyKad ketika melakukan transaksi pembayaran.

Penumpang turut diminta untuk mendaftar kad MyKad terlebih dahulu bagi menikmati perkhidmatan GoKL secara percuma.

“Manakala, bagi warganegara Malaysia yang menggunakan MyKad mempunyai sistem Touch ‘n Go, adalah dikehendaki membuat pendaftaran Mykad tersebut bagi menikmati perkhidmatan percuma.”

Selain itu, DBKL memaklumkan bahawa perkhidmatan bas GoKL adalah percuma bagi semua kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah.

Dalam pada itu, pengguna MyKad yang ingin membuat pendaftaran boleh berbuat demikian di kaunter yang dibuka khusus untuk tujuan tersebut.

Menerusi notis berkenaan, kaunter pendaftaran bagi penumpang warganagera Malaysia akan mula dibuka pada 1 Disember 2023.

Waktu operasi adalah bermula dari 7.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari dan akan disambung semula pada 2.00 tengah hari sehingga 7.00 malam.

Kaunter pendaftaran ini akan dibuka di tiga lokasi iaitu hentian bas KLCC, hentian akhir Titiwangsa (Pekeliling) dan hentian akhir Pasar Seni.

Manakala, kaunter pendaftaran untuk lokasi keempat iaitu lobi Menara DBKL 1 akan dibuka bermula 6 Disember 2023.

Waktu operasi bagi lokasi keempat akan bermula pada 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan disambung semula pada 2.00 petang hingga 4.00 petang.

Pada akhir kenyataan, DBKL memaklumkan orang ramai bahawa segala pertanyaan boleh diajukan menerusi emel di [email protected].

Orang ramai juga boleh mengajukan soalan menerusi panggilan telefon pada talian 03-2028 2314.

https://www.facebook.com/dbkl2u/posts/pfbid0316B7zuecpPiWvByBTfC434QrRCpiByfWg6N1FMdzzh2vUdNpdvPv4AKJc1JYwAo4l

BACA: Usia Kehamilan Lebih Awal Dari Tarikh Nikah? Kemungkinan Bunting Pelamin, Ini Maksudnya

Sumber: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.