Siakap Keli
majlis perkahwinan mewah
Kredit Instagram/ Madelaine Brockway

Viral Majlis Mewah ‘Perkahwinan Abad Ini’, Digelar Paling “Glamour” Dalam Tempoh 100 Tahun

Viral Majlis Mewah ‘Perkahwinan Abad Ini’, Digelar Paling “Glamour” Dalam Tempoh 100 Tahun

Sebuah majlis mewah ‘perkahwinan abad ini’ di Paris menjadi tular selepas didakwa menelan belanja yang tinggi dan digelar sebagai majlis perkahwinan paling glamour dalam tempoh 100 tahun.

Menurut laporan media, perkahwinan berkenaan melibatkan, Madelaine Brockway, anak kepada usahawan terkemuka Amerika Syarikat dan pasangannya, Jacob LaGrone.

Namun begitu, majlis perkahwinan pasangan berkenaan mula mencuri tumpuan media selepas set dewan perkahwinan mereka yang sangat magikal menjadi tular di media sosial.

Majlis pernikahan pasangan pengantin itu telah diadakan di Chateau de Villette, Perancis pada 18 November lalu dengan tema hiasan bunga putih dan mewah.

Pasangan itu kemudiannya diraikan dalam majlis makan malam yang serba mewah di Opera Garnier Paris dengan tema bunga yang lebih menyerlah dan berwarna-warni.

Selain dihias dengan pelbagai hiasan yang mahal-mahal, kumpulan penyanyi terkenal, Maroon 5 turut dibawa khas untuk menghiburkan tetamu.

Manakala mereka turut menempah Palace of Versailles sebagai tempat penginapan sepanjang majlis tersebut. Difahamkan, majlis perkahwinan berkenaan berlangsung selama lima hari.

Kredit Instagram Madelaine Brockway

Tetamu untuk meraikan majlis pasangan pengantin itu juga dilapor turut diterbangkan ke Paris dengan menaiki jet peribadi.

Sebelum majlis berkenaan berlangsung, pasangan pengantin berkenaan terlebih dahulu diraikan dalam majlis parti bujang yang diadakan di sebuah resort mewah Amangiri di Canyon Point, Utah.

majlis perkahwinan mewah
Kredit Instagram Madelaine Brockway

Madelaine turut turut mengdokumentasikan majlis perkahwinan mereka dan berkongsi hari bahagia tersebut di laman Instagramnya.

Disebabkan kemewahan yang dipamerkan, ramai netizen mula menyiasat latar belakang pengantin perempuan tersebut.

Sementara itu, perkongsian majlis mewah itu telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada pengguna media sosial.

Ramai yang merasakan bahawa majlis semahal itu adalah mustahil untuk diadakan. Bagaimanapun, mereka mengakui terpukau dan cemburu dengan majlis perkahwinan serba mewah berkenaan.

Malah, ada juga yang memasang impian untuk diraikan dalam majlis sedemikian apabila berkahwin nanti.

Bagi yang lain pula, mereka menganggap majlis perkahwinan pasangan tersebut layak digelar sebagai ‘Perkahwinan Abad Ini’.

Video yang dikongsikan Madelaine turut menjadi viral dan menarik perhatian perancang acara terkenal, Lauren Zigman.

Katanya di TikTok, walaupun dia tidak mengenali Madelaine, namun mengakui amat mengidolakan majlis perkahwinan wanita tersebut dan layak diangkat sebagai majlis paling mahal sepanjang zaman.

@laurenzigman

Idk who madelaine brockway is but she is now my idol and her wedding is going down in history as the kost iconic of all time. #greenscreen #madelainebrockway #wedding #luxurywedding #pariswedding #insanewedding #weddingtok #couturebridal #itgirl

♬ original sound – Lauren | LZ Event Co

Sumber: Business Today, TikTok/@laurenzigman

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka