Siakap Keli
Gambar: elizabethtan via Instagram

Elizabeth Tan Kembali Menyanyi Setelah Lama Menyepi

Elizabeth Tan Kembali Menyanyi Setelah Lama Menyepi

Sesiapa yang mengenali nama Elizabeth Tan mesti minat lagunya juga, kan? Antara lagu milik Elizabeth Tan yang terkenal adalah Knock Knock, Polis Entry dan juga Semua Sudah. Kalau nak tahu, Elizabeth Tan bukan sahaja seorang penyanyi, malah dia juga merupakan seorang model dan pelakon.

Namun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ramai yang perasan Elizabeth Tan lebih banyak berlakon daripada menyanyi. Ini telah menimbulkan tanda tanya kepada para peminatnya yang gemar mendengar nyanyian Elizabeth Tan. Rupa-rupanya, ada sebab mengapa penyanyi itu sudah jarang menyanyi di pentas.

Menurut Elizabeth, dia mengalami masalah anxiety ataupun kegelisahan yang teruk sehingga memerlukan ubat.

“Memang sejak beberapa tahun kebelakangan ini saya hanya fokus pada career lakonan. Ini kerana saya selalu mengalami anxiety ketika membuat persembahan di atas pentas,” kata Elizabeth.

Menurut dirinya lagi, “Saya rasa tertekan sebab saya perlu bernyanyi dengan baik. Tak boleh sumbang langsung, tapi saya tetap gagal dan ini buatkan saya rasa kecewa,”

Anxiety Menjadi Penghalang

Pelakon dan penyanyi itu turut menyatakan bahawa dirinya itu pernah berjumpa dengan pakar psikiatri untuk masalah kegelisahannya itu kerana ia semakin teruk.

Dia juga memberitahu sejak beberapa tahun yang lepas, dia sudah tidak membuat mana-mana persembahan. Tetapi, Elizabeth Tan turut memberitahu mengenai kepulangannya kepada industri nyanyian.

“Selepas berehat, saya akan kembali menyanyi untuk menghiburkan peminat,” katanya kepada Gempak ketika ditemui pada sidang media W: Two Worlds pada Selasa lalu.

Elizabeth Tan menambah bahawa dia telah mempelajari banyak perkara sepanjang tempoh berkenaan dan dia berharap dapat kembali berseronok menyanyi untuk menghiburkan peminatnya.

“Saya rasa saya letak banyak tekanan pada diri sendiri. Jadi, saya perlu relax dan jangan terlalu serius pada diri sendiri.

“Saya nak menyanyi sebab nak kembali berhubung dengan peminat dan menyanyi adalah satu platform yang bagus untuk berjumpa dengan ramai orang. Saya hanya mahu berseronok di atas pentas,” ujarnya.

Kalau nak tahu, Elizabeth Tan akan melakonkan watak Hanna dalam drama terbaru W: Two Worlds yang merupakan sebuah adaptasi daripada drama asal Korea dengan tajuk yang sama.

Sumber: Gempak

BACA JUGA: Pencipta Animasi Wallace & Gromit Cadang Guna AI

Nurul Alya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.