Siakap Keli
Gambar via Anadolu Ajansi

Fakta Menarik Tentang Otak Manusia, Banyak Yang Kita Tak Tahu!

Fakta Menarik Tentang Otak Manusia, Banyak Yang Kita Tak Tahu!

Otak merupakan antara organ yang paling penting untuk makhluk hidup seperti manusia. Ini kerana, otak kita mengawal pelbagai benda.

Antaranya adalah mengawal pemikiran, ingatan, sentuhan, pergerakan, penglihatan, pernafasan, suhu, kelaparan dan banyak lagi proses yang mengawal badan kita.

Mari ikuti fakta-fakta menarik mengenai otak manusia!

22 Fakta Mengenai Otak

Multitasking Adalah Mustahil

Kebiasaannya, anda mungkin terfikir bahawa anda mempunyai kebolehan multitasking atau membuat satu atau dua atau lebih pekerjaan dalam satu masa.

Namun, itu adalah mustahil. Sebaliknya anda sedang menukar konteks. Ini bermaksud, anda menukar-nukar antara tugasan yang anda ada.

Anda tidaklah melakukan tugasan itu pada masa yang sama. Sebuah buku bertajuk Brain Rules telah menunjukkan bahawa multitasking boleh memudaratkan.

Kajian mendapati bahawa bilangan kesalahan anda akan meningkat 50 peratus dan ia akan menyebabkan anda dua kali ganda lambat menyiapkan tugasan.

Berat Otak Dewasa Kira-Kira 1.36 kilogram

85 peratus berat otak adalah daripada sereberum dan otak memberi 2 peratus bagi berat badan manusia.

Tekstur otak adalah seperti jeli. Otak normal yang terberat adalah 2 kilogram dan ia merupakan otak seorang penulis Rusia iaitu Ivan Turgenev.

Otak terkecil pula adalah otak wanita yang beratnya hanyalah 1.1 kilogram.

75 Peratus Daripada Otak Terdiri Daripada Air

Ini bermaksud apabila seseorang mengalami dihidrasi, walaupun hanya 2 peratus, ia boleh memberi impak negatif terhadap otak.

Dihidrasi dan kekurangan sodium dan elektrolit boleh menyebabkan perubahan kepada memori dan juga perhatian.

Untuk mengelakkan daripada kehilangan fungsi badan dan otak, anda perlu mengambil langkah untuk memastikan badan anda sentiasa terhidrat.

Otak Boleh Membesar Tiga Kali Ganda

Seorang bayi berumur dua tahun akan mempunyai otak yang telah matang sepenuhnya sebanyak 80 peratus.

Ia akan terus membesar sehinggalah anda berumur 18 tahun. Otak hanya akan mencapai tahap kematangan pada usia anda 25 tahun.

Otak manusia adalah otak terbesar dari semua vertebrata yang lain berbanding saiz badan.

Tindak Balas Kimia Adalah Punca Sakit Kepala

Aktiviti kimia dalam otak anda seperti saraf dan saluran darah, atau otot kepala dan leher anda (atau beberapa kombinasi faktor ini) boleh memainkan peranan dalam sakit kepala.

Serotonin merupakan bahan kimia yang diperlukan untuk komunikasi antara sel-sel saraf. Apabila paras serotonin atau estrogen berubah, ia akan mengakibatkan sakit kepala atau migrain bagi sesetengah orang. 

Tahap serotonin boleh menjejaskan kedua-dua jantina, manakala tahap estrogen yang turun naik hanya mempengaruhi wanita sahaja.

Otak Manusia Mempunyai Lebih Ratusan Juta Neuron

Ini lebih kurang sama dengan bilangan bintang di Galaksi Bima Sakti. Neuron ini bersambung dengan trilion sambungan ataupun sinaps.

Pakar memanggilnya sebagai hutan neuron. Informasi terjadi melalui neuron di otak untuk semua benda yang dilihat, difikirkan atau dilakukan.

Neuron ini menyebarkan informasi di kelajuan yang berbeza. Kelajuan terpantas untuk neuron disampaikan kepada neuro lain adalah 250 meter per jam.

Namun begitu, neuron hanya membentuk 10 peratus daripada otak.

Mitos Manusia Hanya Menggunakan 10 Peratus Daripada Otak Mereka

Sebenarnya, kita menggunakan kesemua otak kita. Ketika sedang tidur pun, anda akan menggunakan lebih daripada 10 peratus otak anda.

Walaupun benar bahawa pada bila-bila masa tertentu semua kawasan otak tidak aktif secara serentak, penyelidik otak yang menggunakan teknologi pengimejan telah menunjukkan bahawa, seperti otot badan, kebanyakannya sentiasa aktif dalam tempoh 24 jam.

Kolestrol Kunci Pembelajaran Dan Ingatan

Otak mempunyai kandungan kolestrol lebih tinggi daripada organ lain. Sebenarnya, 25 peratus kolestrol yang ada dalam badan adalah daripada otak.

Otak sangat memerlukan kolestrol, tetapi metabolisma kolestrol adalah unik. Kerana penghalang darah-otak menghalang sel-sel otak daripada mengambil kolesterol daripada darah, otak mesti menghasilkan kolesterolnya sendiri.

Kolestrol di otak adalah lebih stabil berbanding organ lain, tetapi apabila dipecahkan ia akan dikitar semula kepada kolestrol baru untuk otak.

Mimpi Terdiri Daripada Banyak Benda

Sistem limbik di otak tengah berurusan dengan emosi dalam keadaan berjaga dan bermimpi, dan termasuk amigdala, yang kebanyakannya dikaitkan dengan ketakutan dan aktif terutamanya semasa mimpi.

Mimpi adalah bukti bahawa otak anda masih bekerja walaupun anda sedang tidur. Secara purata, manusia akan mengalami empat hingga tujuh mimpi setiap malam.

Short Term Memory

Ini berkaitan dengan kapasiti otak anda untuk mengingati informasi kecil dalam minda yang aktif.

Otak anda akan menyimpan informasi ini dalam keadaan yang boleh diakses, tetapi ia hanya boleh dilakukan selama satu minit setengah.

Kebanyakan orang menyimpan memori sekitar tujuh saat dan memori untuk huruf sekitar sembilan saat. Selain itu, otak boleh menyimpan sehingga tujuh digit dalam ingatan kerjanya.

Itulah sebabnya nombor telefon di Amerika Syarikat adalah 7 digit panjang

Otak Beku Adalah Amaran

Digelar secara rasmi sebagai ganglioneuralgia sphenopalatine, pembekuan otak berlaku apabila anda makan atau minum sesuatu yang terlalu sejuk.

Ia menyejukkan saluran darah dan arteri di bahagian paling belakang tekak, termasuklah yang menghantar darah ke otak anda.

Ia sempit ketika sejuk dan kembali terbuka apabila ia sudah panas, dan ini mengakibatkan berlaku gangguan di dahi anda.

Ini merupakan cara otak untuk memberitahu anda bahawa anda perlu hentikan apa yang anda lakukan supaya anda dapat perubahan tidak diingini akibat suhu.

Otak Tidak Rasa Sakit

Tiada reseptor kesakitan pada otak anda sendiri. Tetapi, meninges (penutup di sekeliling otak), periosteum (penutup pada tulang), dan kulit kepala semuanya mempunyai reseptor sakit.

Pembedahan boleh dilakukan kepada otak dan secara teknikalnya, otak tidak akan merasa kesakitan itu.

Otak Mengecil Apabila Meningkat Dewasa

Otak manusia akan terus membesar sehinggalah umur 40 tahun. Ia merupakan satu-satunya organ yang mengalami pembesaran selama itu.

Ia juga mempunyai perubahan yang lebih banyak berbanding organ lain. Di pertengahan umur, otak akan mengecil.

Namun, saiz tidak bermaksud apa-apa kepada otak. Tiada bukti bahawa otak yang besar lebih bijak daripada otak yang kecil.

Kesan Alkohol Kepada Otak

Kesan-kesannya adalah penglihatan yang kabur, percakapan yang meleret, ketidakstabilan ketika berjalan dan sebagainya.

Ia akan hilang apabila anda kembali sedar. Tetapi, sekiranya anda mengambil alkohol untuk jangka masa yang lama, terdapat bukti bahawa alkohol akan memberikan kesan yang kekal dan tidak akan hilang apabila anda sedar kembali.

Kesan jangka masa panjang adalah masalah ingatan dan kekurangan fungsi kognitif.

Otak Pemberi Fikiran Yang Rawak

Pada 2005, National Science Foundation mengerluakan artikel mengenai kajian tentang pemikiran manusia setiap hari.

Purata untuk seseorang akan mempunyai kira-kira 12,000 hingga 60,000 pemikiran setiap hari.

Daripada jumlah itu, 95 peratus adalah pemikiran berulang yang sama seperti hari sebelumnya dan kira-kira 80 peratus adalah negatif.

Otak Menggunakan 20 Peratus Oksigen Dan Darah

Otak memerlukan oksigen yang berterusan. Lima minit tanpa oksigen boleh menyebabkan sel-sel otak mati yang membawa kepada kerosakan kepada otak.

Lebih kuat anda berfikir, lebih banyak oksigen dan tenaga yang otak akan ambil dari darah anda, sehingga 50 peratus.

Setiap minit, 750-1,000 mililiter darah mengalir melalui otak. Ini cukup untuk mengisi sebotol wain atau botol liter soda.

Senaman Bagus Untuk Otak

Senaman aerobik meningkatkan kadar denyutan jantung anda dan meningkatkan aliran darah ke otak anda.

Apabila pernafasan mengepam lebih banyak oksigen ke dalam aliran darah anda, lebih banyak oksigen dihantar ke otak anda.

Ini membawa kepada neurogenesis, atau penghasilan neuron, di bahagian tertentu otak anda yang mengawal ingatan dan pemikiran.

Neurogenesis meningkatkan isipadu otak dan simpanan kognitif ini dipercayai membantu terhadap kesan demensia.

Ia telah diperhatikan bahawa senaman menggalakkan pengeluaran neurotropin, yang membawa kepada keplastikan otak yang lebih besar, serta yang membawa kepada ingatan dan pembelajaran yang lebih baik.

Selain neurotropin, senaman juga mengakibatkan peningkatan dalam neurotransmitter di otak, khususnya serotonin dan norepinephrine, yang meningkatkan pemprosesan maklumat dan mood.

Kawasan Visual Otak

Bahagian otak yang memberikan anda kebolehan untuk melihat ialah lobus oksipital, yang terletak dibelakang. 

Inilah sebabnya kenapa anda kelihatan berpinar sekiranya dipukul di belakang kepala. Otak bahagian kiri anda mengawal penglihatan mata sebelah kanan dan sebaliknya.

Otak anda juga memproses bunyi pada bahagian kepala yang bertentangan.

Aktiviti Otak Boleh Menyalakan Sebiji Mentol Kecil

Apabila anda berjaga, otak anda akan menjana kira-kira 12 hingga 25 watt elektrik, yang cukup untuk menyalakan sebuah mentol kecil.

Otak juga bekerja dengan pantas. Informasi yang pergi dari kaki dan tangan anda ke otak anda, bergerak dengan kelajuan 150 hingga 260 batu per jam.

Otak menggunakan glukosa daripada badan untuk menghasilkan tenaga sebanyak ini.

Kesan Membaca Secara Kuat Berbandi Dalam Hati

Membaca secara kuat dapat membantu pembesaran otak. Kanak-kanak mula belajar membaca dengan membaca perkataan secara kuat.

Setelah pengetahuan itu telah ditubuhkan, barulah mereka belajar membaca sendiri. Ia sememangnya salah satu fakta aneh tentang otak kerana kita biasanya mengajar anak-anak kita membaca dan bercakap dengan sopan.

Tetapi untuk menggalakkan perkembangan otak anak anda, anda harus membaca dan bercakap dengan kuat di hadapan mereka.

Otak Adalah Lemak

Terdiri daripada minimum 60 peratus lemak, otak merupakan organ paling berlemak dalam tubuh badan anda.

Ini merupakan sebab kenapa lemak sihat seperti omega tiga dan omega enam adalah penting untuk otak dan keseluruhan badan anda.

Lemak sihat membantu untuk stabilkan dinding sel dalam otak. Ia juga boleh mengurangkan keradangan dan membantu sistem imun berfungsi dengan baik.

Kepentingan Tidur

Badan dan otak kita memerlukan rehat untuk berfungsi dengan baik. Pemikiran, ingatan dan masa tindak balas semuanya boleh terjejas apabila seseorang tidak cukup tidur.

Ini disebabkan oleh fakta bahawa kekurangan tidur boleh membunuh sel-sel otak. Tidur yang betul juga penting untuk pengekalan ingatan.

Semasa tidur, otak mengumpul semua memori untuk hari itu.

Kesimpulannya, otak amat kompleks sehinggakan saintis dan doktor mengalami kesukaran untuk memahaminya.

Sumber: Dent Institute

BACA JUGA: Bukan Sekadar Manis Semata-Mata, Kenal Pasti Punca Dan Simptom Diabetes Selain Gula

Nurul Alya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.