Siakap Keli
Kemaluan Terputus khatan
Gambar: Detik.com

Kemaluan Anak Terputus Ketika Majlis Khatan, Bapa Tuntut Keadilan

Kemaluan Anak Terputus Ketika Majlis Khatan, Bapa Tuntut Keadilan

LAHAT — Nasib malang menimpa seorang kanak-kanak lelaki di Lahat, Sumatera Selatan apabila sebahagian kemaluannya terputus sewaktu majlis berkhatan beramai-ramai.

Memetik Detik.com, difahamkan kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada 17 Oktober lalu di Kampung Masam Pulau, Kecamatan Tanjung Sakti Pumi yang dianjurkan oleh salah satu badan kesihatan di kawasan tersebut.

Susulan daripada itu, ibu bapa mangsa telah bertindak membuat laporan polis bagi menuntut pembelaan.

Peguam yang mewakili mangsa, Fitriadi berkata jurukhatan yang melakukan proses tersebut segera memberitahu bapa mangsa bahawa alat kelamin anaknya telah terpotong sedikit sewaktu kejadian.

Namun, dia cuba menjelaskan bahawa insiden itu bukanlah satu masalah besar dan tidak perlu dibimbangkan.

“Sewaktu majlis berkhatan selesai, jurukhatan itu memaklumkan kepada ayah mangsa bahawa kemaluannya terpotong sedikit, tetapi tidak menjadi masalah,” katanya.

Walau bagaimanapun, sekitar jam 3 petang waktu tempatan keesokannya, alat kelamin mangsa mengalami pendarahan yang teruk.

“Keesokan petang, kanak-kanak lelaki itu mengalami pendarahan yang parah,” katanya.

BACA JUGA: Hutan Jenis Apa Yang Terdapat Di Malaysia? Kenali Empat Lapisan Pokok Dalam Belantara Kita

 Sukar Membuang Air Kecil

Berikutan itu, mangsa mengalami  kesukaran membuang air kecil dan difahamkan keadaan mentalnya juga dilaporkan terganggu.

“Akibat kehilangan alat sulit, kanak-kanak itu mengalami masalah membuang air kecil dan mental mangsa terganggu seperti mudah marah dan sentiasa bersendirian,” katanya lagi.

Hasil pemeriksaan lanjut, organ penting itu difahamkan tidak dapat disambung semula.

Fail Kes

Bapa mangsa mengambil keputusan menfailkan kes bagi menuntut belia kes yang menimpa anaknya itu. Dia berharap individu terbabit bertanggungjawab terhadap insiden yang berlaku.

“Sebagai ibu bapa, saya menuntut keadilan untuk anak saya dan meminta pihak berkenaan bertanggungjawab atas kejadian ini,” ujarnya.

Difahamkan, jurukhatan berkenaan kini dibawa ke Polis Wilayah Sumatera Selatan dan siasatan lanjut berhubung kes itu masih diteruskan.

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Sumber: Detik.com

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.