Siakap Keli
Malaysia Berada Di Tempat Ke-25 Dunia Dalam Senarai Negara Yang Fasih Dalam Bahasa Inggeris
Kredit: Bernama

Malaysia Negara Asia Ketiga Paling Fasih Bahasa Inggeris, Perak Negeri Paling “Top”

Malaysia Negara Asia Ketiga Paling Fasih Bahasa Inggeris, Perak Negeri Paling “Top”

Malaysia berada di tangga ke-25 dalam senarai negara fasih berbahasa Inggeris yang dikeluarkan EF English Proficiency Index (EPI) baru-baru ini.

Dalam EF EPI 2023 Ranking of Countries and Regions memuatkan 113 buah negara, Malaysia merupakan salah satu negara yang menduduki kedudukan teratas dalam senarai selepas mencatatkan skor sebanyak 568 mata.

Berdasarkan indikator yang ditetapkan EF English Proficiency Index (EPI), panguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat Malaysia dikategorikan sebagai peringkat ‘Kefasihan Tinggi’.

Manakala diperingkat Asia pula, Malaysia muncul sebagai negara ketiga paling fasih berbahasa Inggeris di belakang Singapura dan Filipina.

Mengisi 10 terbaik Asia adalah Hong Kong, Korea Selatan, Nepal, Vietnam, Bangladesh, India dan Pakistan. Dalam pada itu, Singapura juga berjaya mencapai kedudukan kedua paling fasih berbahasa Inggeris di peringkat global dibelakang Belanda.

Negara-negara lain dengan penguasaan bahasa Inggeris 10 terbaik diperingkat global adalah Austria, Denmark, Norway, Sweden, Belgium, Portugal, Afrika Selatan dan Jerman.

malaysia fasih bahasa inggeris
Kredit: EF English Proficiency Test

Bagi EF EPI 2023 City pula, Kuala Lumpur diletakkan dalam kategori ‘Kefasihan Tinggi’ dengan meraih skor sebanyak 564 mata.

malaysia fasih bahasa inggeris
Kredit: EF English Proficiency Test

Orang Perak paling fasih berbahasa Inggeris di Malaysia

Selain itu, EF English Proficiency Index (EPI)  turut memberikan keterangan berkenaan sesebuah negara dengan lebih terperinci pada bahagian Proficiency Details.

Pada bahagian tersebut, negeri teratas dengan penguasaan bahasa Inggeris tertinggi di Malaysia adalah Perak dengan mata sebanyak 587.

Manakala, bandar yang memiliki tahap penguasaan bahasa Inggeris teratas di Malaysia adalah Kuantan dengan mata 603.

Hasil kajian ini turut mendapati bahawa pengguna bahasa Inggeris dengan tahap kefasihan yang tinggi adalah golongan belia yang berusia 26 hingga 30 tahun.

malaysia fasih bahasa inggeris
Kredit: EF English Proficiency Test

Untuk makluman,  EF English Proficiency Index bagi edisi 2023 ini bersandarkan keputusan ujian EF SET yang diambil oleh sebanyak 2.2 juta orang dewasa di seluruh dunia pada 2022.

BACA: Usia Kehamilan Lebih Awal Dari Tarikh Nikah? Kemungkinan Bunting Pelamin, Ini Maksudnya

Sumber: EF English Proficiency Index

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma