Siakap Keli
Gambar via Wikipedia

Pemalu Dan ‘Introvert’, Apakah Perbezaan Kedua-Duanya?

Pemalu Dan ‘Introvert’, Apakah Perbezaan Kedua-Duanya?

Dalam kumpulan rakan-rakan anda, mesti ada yang digelar sebagai seorang introvert, kan? Kebiasaannya, anda akan memanggil mereka introvert kerana mereka pemalu.

Tetapi, tahukah anda bahawa orang yang introvert tak bermaksud mereka itu pemalu? Begitu juga dengan sebaliknya.

Kalau nak diikutkan, kedua-duanya sering membuat orang lain keliru sehinggakan kebanyakan orang menganggapnya sebagai perkara yang sama. Namun, terdapat orang introvert yang tidak gemar dipanggil sebagai seorang pemalu.

Apakah yang membezakan orang introvert dengan orang yang pemalu?

Menurut ramai ahli psikologi, terdapat satu perbezaan yang ketara antara dua perkara itu. Seorang pengarah Makmal Emosi Kanak-Kanak di Universiti McMaster, Louis A. Schmidt berkata,

“Walaupun di media terkenal kedua-duanya sering dilihat sebagai perkara yang sama, kami di komuniti saintifik tahu bahawa secara konsepsual atau empirik, mereka tidak berkait,”

Jadi, apakah perbezaan yang ketara itu? Perbezaannya adalah kebolehan untuk membuat pilihan.

Menurut Dr. Jonathan Cheek yang merupakan seorang profesor di Kolej Wellesly, sifat seorang pemalu mempunyai empat kategori.

Meskipun kebanyakan orang akan menggelarkan diri mereka sebagai seorang pemalu, ia hanya akan menjadi satu masalah sekiranya orang itu juga mempunyai keinginan untuk bersosial.

Empat Kategori Sifat Seorang Pemalu

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Dr.Cheek, empat sub-kategori seorang yang pemalu adalah shy-secure, shy-withdrawn, shy-dependent, dan shy-conflicted.

Shy-Secure

Untuk seseorang yang shy-secure, ini bermaksud mereka mempunyai rasa kegelisahan sosial yang tertentu. Tetapi, mereka tidak mempunyai keperluan untuk bersosial.

Kata Dr.Cheek, “Apabila mereka diletakkan di dalam makmal dan disuruh untuk berkenalan dengan kenalan baru, mereka teramatlah rendah diri. Ianya tidak menarik minat mereka ataupun mengujakan mereka. Tetapi, mereka sangat tenang dan boleh berbual,”

Shy-Withdrawn

Bagi seseorang yang shy-withdrawn pula, mereka lebih kepada menyendiri. Ini kerana, mereka mempunyai kegelisahan yang tinggi apabila perlu bersosial.

Mereka kebiasaanya akan risau sekiranya mereka tidak diterima dalam satu kumpulan, risau diri mereka dinilai dari setiap aspek dan juga takut sekiranya mereka tersalah cakap.

Shy-Dependent

Seterusnya, terdapat juga orang yang shy-dependent. Seseorang yang pemalu dalam kategori ini suka berinteraksi dengan orang lain sehinggakan mereka menjadi people pleaser. 

Mereka teramatlah membantu dan kelihatan bersahaja, dan mereka jarang meletakkan keperluan diri mereka dahulu. Sebaliknya, mereka akan mementingkan untuk memuaskan rakan-rakan mereka.

“Mereka ikut saja kehendak orang lain kerana mereka mahu bergaul. Mereka mampu untuk menyesuaikan diri mereka untuk jangka masa pendek. Tetapi, untuk jangka masa panjang, bagaimana anda mahu berkawan dengan seseorang secara mutualiti sekiranya anda sendiri yang tawarkan diri untuk menjadi seorang pengikut?” kata Dr.Cheek.

Shy-Conflicted

Kategori terakhir adalah shy-conflicted. Seorang yang pemalu dalam kategori ini mahu bergaul dengan orang lain, tetapi mereka akan rasa kegelisahan yang teruk sekiranya mereka perlu bersosial.

Mereka akan mendekati dan menjauhkan diri daripada seseorang. Menurut Dr.Cheek, “Mereka mempunyai sebuah konflik iaitu antara menyendirikan diri ataupun mahukan sentuhan seseorang, berbanding dengan bergerak ke arah orang lain,”

Mereka juga akan mengalami anticipatory anxiety di mana mereka akan rasa gelisah atau takut untuk keluar rumah kerana mereka tahu yang mereka perlu bergaul. Pendek kata, mereka gelisah sebelum apa-apa aktiviti bersosial berlaku.

Dr. Cheek menambah bahawa orang yang dalam kategori ini mempunyai lebih banyak masalah berbanding kategori yang lain.

Sebab itulah yang membezakan introvert dan pemalu adalah kebolehan mereka untuk memilih untuk bersosial tanpa rasa gelisah.

Introvert vs Pemalu

Seorang yang introvert boleh saja memilih untuk bergaul dengan orang lain. Cumanya, mereka sendiri yang tidak mahu bergaul. Seorang yang pemalu, berpandukan kategori pemalu mereka, pula tidak mempunyai kebolehan untuk memilih seperti itu tanpa mengalami sebarang kesusahan.

Bagi mereka, sebuah pesta itu bukan saja mengurangkan tenaga bersosial mereka seperti yang dialami oleh introvert, ia juga merupakan satu pergelutan untuk mereka.

Sophia Dembling, seorang penulis untuk The Introvert’s Way dan Introverts in Love, menjelaskannya dengan lebih ringkas.

“Introversion dan rasa malu, sering dikelirukan kerana kedua-duanya berkaitan dengan bergaul. Tetapi, tiada keinginan untuk bersosial dan rasa takut untuk bersosial adalah tidak sama,” katanya.

Dalam erti kata lain, seorang yang introvert mungkin akan tidak menghadiri sebuah pesta dan sebaliknya membaca buku. Tetapi ia bukannya kerana mereka takut untuk bersosial, mereka cuma tidak mahu bergaul dengan orang lain.

Seorang yang pemalu pula mungkin mempunyai keinginan untuk bergaul tetapi mempunyai rasa gelisah yang tak terhingga. Ini menyebabkan mereka untuk tidak menghadiri sebuah pesta, ataupun mereka menghadirinya tetapi hanya mendiamkan diri kerana takut untuk berbual dengan orang lain.

Menurut Persatuan Kebimbangan dan Kemurungan Amerika (ADAA), 15 juta orang Amerika mempunyai Social Anxiety Disorder dan kebanyakan orang mengatakan bahawa ia  merupakan tahap rasa malu yang teruk.

Namun, ianya tidak mustahil untuk mengatasi masalah itu. Terdapat banyak cara yang bijak dan kreatif untuk anda mengurangkan rasa kegelisahan itu. Ia juga merupakan satu pencapaian yang bijak untuk sekiranya anda melakukannya kerana ia memberikan impak yang menghadkan kehidupan anda.

Kebaikan Bergaul

Apabila anda dapat bergaul dengan orang lain, ia akan membantu anda dalam hidup. Networking bergantung kepada kebolehan anda untuk berinteraksi dengan seseorang tanpa mempunyai masalah secara berterusan.

Satu perkara yang ironinya tentang kegelisahan sosial, anda akan selalu berfikiran bahawa anda seorang saja yang rasa gelisah. Tetapi, kebiasaannya anda salah. Mesti akan ada orang lain juga yang rasa kegelisah ataupun malu.

Apabila anda membantu mereka, anda juga sedang membantu diri anda untuk jadi lebih berani dan mengurangkan rasa gelisah anda.

Anda perlu ingat, manusia mempunyai keperluan untuk bergaul, rasa diterima dan mempunyai perhubungan antara satu sama lain.

Tak kiralah anda seorang yang introvert atau extrovert, pemalu atau peramah, anda semua memerlukan dan juga berhak untuk diberikan perhatian, kasih sayang dan cinta. Itulah yang membuatkan kehidupan lebih bermakna.

Sumber: Inc.

BACA JUGA: Anda Pernah Rasa Seperti Ini? Ini 10 Tanda Fizikal Alami ‘Anxiety’

Nurul Alya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.