Netflix Lancar Tiga Permainan GTA Khas Kepada Ahli Pada 14 Disember Ini
Syarikat penstriman gergasi, Netflix memaklumkan pihaknya bakal melancarkan tiga versi permainan ikonik Grand Theft Auto (GTA) pada 14 Disember nanti.
Perkara itu dimaklumkan syarikat berkenaan dalam satu hantaran video yang memaparkan permainan tersebut.
“Berita tergempar: GTA III, Vice City, dan San Andreas daripada siri Grand Theft Auto (GTA) akan hadir ke Netflix Games bagi telefon pada 14 Disember,” tulis Netflix.
Difahamkan, permainan daripada Rockstar itu hanya boleh dimuat turun oleh pengguna Netflix sahaja menerusi App Store, Google Play dan dalam aplikasi mudah alih Netflix.
Tiga Permainan GTA
Grand Theft Auto III– Edisi Definitif
GTA III membawa pemain ke Bandar Liberty di mana semuanya bermula. Permainan ini mendedahkan terhadap dunia luar yang luas dengan pelbagai watak liar daripada segenap lapisan masyarakat.
Pemain dapat berpeluang merasai kebebasan meneroka sesuka hati dalam GTA III. Ia juga berkaitan dengan dunia jenayah gelap, menarik dan kejam.
Grand Theft Auto: Vice City – Edisi Definitif
Dalam GTA Vice City, permainan ini membawa pemain kembali semula ke era 1980-an tentang kisah watak seorang lelaki bernama Tommy Vercetti yang berambut kembang dan berpakaian sut pastel. Ia juga mengisahkan pengkhianatan dan dendamnya di sebuah bandar tropika.
BACA JUGA: Netflix Sah Naik Harga Pakej, Di Tiga Negara Buat Masa Ini
Grand Theft Auto San Andreas – Edisi Definitif
Siapa tak kenal dengan watak Carl Johnson (CJ) dalam permainan ini. Permainan ini mengisahkan watak CJ terlibat dalam kes pembunuhan pada awal tahun 90-an.
Ekoran itu, dia terpaksa melakukan perjalanan merentasi seluruh negeri San Andreas untuk menyelamatkan keluarganya dan mengawal jalanan.
https://www.facebook.com/watch/?v=320138407469962
GTA 6 Bakal Dilancarkan
Sebelum ini, syarikat permainan video, Rockstar melaporkan bakal mengumumkan Grand Theft Auto (GTA) VI secara rasmi.
Pengumuman itu disusuli dengan pendedahan trailer permainan berkenaan
Trailer berkenaan berkemungkinan akan dilancarkan dalam acara The Game Award yang akan berlangsung pada 7 Disember. Namun begitu, tiada mana-mana pihak, terutamanya daripada pihak Rockstar mengesahkan perkara tersebut