Siakap Keli
netflix kenaikan harga
Kredit: Bernama

Netflix Sah Naik Harga Pakej, Di Tiga Negara Buat Masa Ini

Netflix Sah Naik Harga Pakej, Di Tiga Negara Buat Masa Ini

Netflix semalam secara rasmi mengumumkan bahawa harga beberapa pelan langganannya dinaikkan. Harga baharu tersebut akan memberi kesan kepada pelanggan di tiga buah negara buat masa ini.

Menurut laporan Today, makluman tersebut dibuat syarikat penyedia perkhidmatan penstriman kandungan atas talian itu melalui satu nota kepada para pemegang saham.

Difahamkan, negara-negara yang terlibat dengan kenaikkan itu adalah Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis.

”Walaupun kami menangguhkan seketika keputusan menaikkan harga selepas memperkenalkan pakej perkongsian berbayar, namun pendekatan keseluruhan dikekalkan.

“Satu pelan dengan julat harga dan kandungan yang dapat memenuhi kepelbagaian keperluan. Ketika kami menawarkan lebih nilai tambah kepada pelanggan, kami mungkin meminta mereka membayar lebih sedikit,” kata nota itu.

Harga pelan terbaharu akan berkuat kuasa sebaik sahaja diumumkan kepada khalayak. Setakat ini, harga pelan Netflix bersama iklan ($6.99) dan pelan standard ($15.49) masih kekal.

Walau bagaimanapun, harga pelan Asas akan dinaikkkan sehingga $11.99 dan hargan pelan premium akan dinaikkan sehingga $22.99.

“Harga permulaan kami sangat kompetitif dengan beberapa syarikat penstriman lain di AS. Dengan $6.99 setiap bulan, harga ini lebih murah jika dibandingkan dengan harga sekeping harga tiket wayang di US,” jelas Netflix.

Pelan Asas, yang tidak lagi ditawarkan kepada pengguna baharu atau langganan semula adalah mirip seperti pelan standard. Namun, pengguna hanya dapat menonton rancangan di Netflix terhad pada tahap resolusi HD (720p) sahaja.

Manakala, bagi UK dan Perancis pula, harga bagi pelan Netflix bersama iklan dan pelan standard masih lagi kekal seperti sebelum ini.

Harga bagi pelan Asas di UK dan Perancis pula masing-masing meningkat kepada £7.99 dan 10.99€. Begitu juga dengan harga pelan premium, kedua-dua negara negara mencatatkan peningkatan harga yang iaitu £17.99di UK dan 19.99€ idi Perancis.

Kenapa Netflix menaikkan harga?

Sejak beberapa tahun lepas, syarikat penstriman kandungan atas talian itu telah membuka pelbagai peluang baharu yang signifikan kepada pengguna.

Syarikat tersebut menyifatkan kenaikan harga pelan tersebut adalah untuk meningkatkan kemudahan, pilihan kandungan dan kawalan kepada pengguna.

Peningkatan harga ini juga bakal menyaksikan syarikat ini mampu memperluaskan liputan kandungannya untuk dinikmati semua lapisan mnasyarakat.

Berita ini diumumkan beberapa bulan selepas platform penstriman itu tidak lagi membenarkan perkongsian kata laluan. Netflix juga telah mengenakan caj tambahan sebanyak RM13 bagi menambah ahli dalam akaun mereka.

Setakat ini, tiada pengumuman rasmi berkenaan kenaikan harga pelan Netflix di Malaysia. Menurut Netflix, harga setiap pelan adalah mengikut negara dimana pelanggan berada.

BACA: Dah Lama Perhati, Kenapa Duit Syiling Ada ‘Gigi’ Kat Tepi? Bukan Saja-saja, Ini Sebabnya

Sumber: Today

 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma