Pengarah ibarat nadi dalam sesuatu drama, dialah yang menghidupkan jalan cerita atau skrip dalam pembikinan karya. Bagaimana seorang pengarah memberi arahan kepada para kru dan pelakon menentukan hasil produksi berkenaan.
Kalau sesuatu karya best atau ada kontroversi, nama sang pengarahlah yang pertama akan dicari. “Siapa pengarahnya?” Nama pengarah dijaja di sana sini, ada yang mengecam, ada juga yang memuji.
Baru-baru ini, seorang pengarah terkenal Malaysia menjadi ‘buruan’ warga maya dek kerana sebuah drama adaptasi dihasilkannya, W: Two Worlds.
Nama Datuk Yusry Abdul Halim dipetik di media sosial oleh para peminat K-Drama gara-gara trailer drama adaptasi versi Malaysia yang mula ditayangkan di Youtube. Baru sahaja menonton trailer, sudah ramai yang ‘buat kecoh’ di ruangan komen.
Ada yang meluahkan rasa tidak sabar menonton drama adaptasi tersebut, tak kurang juga memberi ‘amaran’ kepada pengarah itu.
CGI dan sinematografi setanding produksi antarabangsa
Dek kualiti trailer yang dipaparkan, ramai menzahirkan rasa teruja dan memuji pemilihan barisan pelakon serta kualiti suntingan drama berkenaan. Tak kurang juga, ramai peminat drama asal versi Korea Selatan meletakkan harapan tinggi terhadap drama ini.
Malah, ada yang memberi ‘amaran’ agar tidak mengecewakan mereka.
Jangan kecewakan aku
Tak sabar tengok gabungan mantap Hun Haqeem dan Daiyan Trisha
Tampil dengan jalan cerita yang unik, drama W: Two Worlds Hun Haqeem dan Daiyan Trisha ini mengisahkan tentang pertembungan antara dua dunia – dunia manusia dan komik yang dicipta Omar yang dilakonkan oleh Faizal Hussein.
Drama ini mengisahkan tentang Izara, seorang doktor yang ‘ditarik’ ke dalam dunia komik dicipta bapanya, Omar semasa cuba menyiasat kehilangan lelaki itu. Selepas ‘ditarik’ ke dunia berkenaan, Izara telah bertemu dengan Aliff, pemuda yang merupakan atlet penembak tepat yang dituduh membunuh keluarga sendiri.
Aliff cuba menegakkan keadilan dengan mencari pembunuh sebenar keluarganya. Usaha itu membuatkan dia hampir kehilangan nyawa, namun kehadiran Izara telah menyelamatkannya.
Cerita asal dari Korea mendapat rating yang tinggi di IMDB. Pasti ramai peminat K-Drama ini yang ternanti-nanti versi Malaysia yang disifatkan ada vibe-vibe drama antarabangsa.
Dua episod telah mula ditayangkan di Viu dan korang boleh nantikan dua episod terbaru W: Two Worlds setiap hari Khamis eksklusif hanya di Viu .