Pergunungan Sekitar Kota Suci Mekah Bertukar Hijau
Beberapa kawasan bukit berdekatan Kota Suci Mekah dilapor bertukar ‘hijau’ sekali lagi ekoran cuaca hujan lebat yang melanda kawasan itu sejak kebelakangan ini, lapor portal Siasat.
Menurut portal Siasat, ia merupakan kali kedua fenomena itu berlaku. Keadaan itu sekaligus memberikan pemandangan yang berbeza, berbanding keadaan kering dan berpasir yang dapat disaksikan selepas Januari.
Beberapa video menunjukkan keadaan bukit dan gunung bertukar hijau turut dimuatnaik oleh akaun X rasmi wilayah Mekah dan saluran berita berbahasa Arab, Al-Ekhhbariya.
“Video pergunungan Mekah bertukar hijau,” tulis @alekhbariyatv
فيديو | جبال مكة تكتسي اللون الأخضر#الإخبارية pic.twitter.com/oUwpwtfGs0
— قناة الإخبارية (@alekhbariyatv) November 15, 2023
فيديو | مشاهد للجبال المجاورة للمسجد الحرام في مكة المكرمة وهي تكتسي اللون الأخضر #الإخبارية pic.twitter.com/U8QKoYDSRh
— قناة الإخبارية (@alekhbariyatv) November 26, 2023
“Pergunungan ibu Kota Suci,” tulis ciapan laman X @makkahregion.
جبال العاصمة المقدسة
📸: محمد الهذلي pic.twitter.com/fFAcv1SS8m
— إمارة منطقة مكة المكرمة (@makkahregion) November 20, 2023
#فيديو 🎥:
جبال محافظة #الكامل تكتسي الخضار 🌿 ..
.
تصوير: عبدالسلام المرشدي pic.twitter.com/TNf7komhIy— إمارة منطقة مكة المكرمة (@makkahregion) December 1, 2023
Perkongsian-perkongsian berkenaan pantas menarik perhatian warga maya yang berharap kerajaan tempatan melakukan sesuatu bagi memelihara keindahan kawasan tersebut.
Sementara itu, pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi pada 23 November lalu meramalkan ribut petir sederhana dan hujan lebat melanda beberapa kawasan di negara tersebut.
Antara kawasan yang terjejas termasuk Al-Jawf, Al-Qassim dan Wilayah Timur Arab Saudi.
🔴 لا تزال أجزاء من مناطق #الحدود_الشمالية، #الجوف وشمال المنطقة الشرقية (#حفر_الباطن)، تتأثر بهطول الأمطار المتوسطة والغزيرة مع توقعات باستمرارها حتى ساعات المساء، بإذن الله تعالى.@AljoufSA @emara_sharqia #نحيطكم_بأجوائكم pic.twitter.com/EOVc3SOxPC
— المركز الوطني للأرصاد (NCM) (@NCMKSA) November 23, 2023
Susulan hujan lebat dan ribut yang melanda itu, Pasukan Pertahanan Awam Arab Saudi turut mengeluarkan beberapa amaran kepada rakyatnya.
Amaran itu antara lain menggesa agar rakyat berhati-hati terutamanya ketika melakukan aktiviti air dikawasan yang diramal dilanda hujan lebat.
BACA: Tunggang Motosikal Secara Solo Ke Makkah Untuk Tunai Umrah
#الدفاع_المدني يدعو إلى توخي الحيطة واتباع الإرشادات إثر الحالة المناخية التي تشهدها أجزاء من #المنطقة_الشرقية .
ولمتابعة الحالة عبر الرابط:https://t.co/vXwLgRVfbj pic.twitter.com/HE69CynnL2— الدفاع المدني السعودي (@SaudiDCD) November 22, 2023
Sumber: Siasat