Video Tular Mangsa Pendaki Gunung Merapi di Sumatera Barat
Semalam dilaporkan Gunung Merapi di Sumatera Barat telah memuntahkan abu setinggi 2,000 meter.
Ketika kejadian itu, tular satu video seorang pendaki yang sedang melakukan aktiviti pendakian di gunung tersebut. Individu yang bernama Zhafirah Zahrin Febrina (19) kelihatan badannya dipenuhi abu dan tidak bermaya.
Ibu Zhafirah, Rani Radelani mengesahkan gadis dalam video itu adalah anaknya yang juga seorang penuntut di Politeknik Negeri Padang. Menurut Rani, anaknya memberitahu bahawa beliau sudah tidak berdaya lagi.
Anaknya juga masih belum boleh turun dari gunung itu dipercayai kerana beberapa halangan yang tidak membenarkan Zhafirah dan kawan-kawannya turun ke bawah.
Beredar video diduga Pendaki gunung marapi terjebak, badan penuh abu vulkanik dan minta tolong, saat erupsi gunung Marapi sumatera barat.
Minggu (3/12/2023)👇https://t.co/uQJo72duQG pic.twitter.com/s6mCIYu4Mu
— report.id (@REP0RT_ID) December 3, 2023
“Barang-barangnya semuanya hilang. handphone yang digunakan untuk menghubungi saya ialah handphone rakannya,
“Tangannya juga patah, badan penuh luka dan sudah tidak kuat lagi,” kata Rani.
Balai Konservasi Sumber Daya Alam (BKSDA) memaklumkan jumlah pendaki yang terdapat di sistem tempahan online dan juga yang telah daftar masuk di pintu masuk Batu Palano seramai 57 orang. Pintu masuk dari Koto Baru pula 13 orang.
13 orang yang memasuki dari pintu Koto Baru sudah selamat turun manakala dari pintu masuk Batu Palano hanya 15 orang sahaja yang sudah selamat. BKSDA sedang berusaha untuk menyelamatkan kesemua mangsa yang terperangkap di gunung tersebut.
Sumber: Kumparan News