Siakap Keli
Gambar via Metro

Gelandangan Mati Kesejukan, Suhu Serendah -12c

Gelandangan Mati Kesejukan, Suhu Serendah -12c

Seorang gelandangan di Nottinghamshire dipercayai mati kesejukan apabila suhu di sana turun secara mendadak di serata negara dan terdapat salji yang menghalang laluan di sesetengah kawasan. Lelaki itu dikatakan tinggal di dalam kereta miliknya dalam sebuah kawasan yang menghadapi suhu yang sejuk iaitu -10 darjah celsius.

Pihak polis telah mengisytiharkan satu insiden yang serius di Cumbria kerana penurunan salji yang lebat di jalan raya boleh mengundang bahaya kepada orang ramai.

Orang ramai telah ditegaskan untuk tidak melakukan sebarang perjalanan ke arah barat laut. Selain itu, terdapat banyak kenderaan yang tersadai di sekitar kawasan M6 dan di A-roads ketika amaran cuaca amber untuk penurunan salji dari Met Office yang telah mengakibatkan keadaan yang huru-hara di United Kingdom.

Dua amaran cuaca dari Met Office dikeluarkan di serata negara termasuklah amaran kuning untuk salji dan ais yang menjejaskan kawasan Birmingham, Nottingham, Manchester, Sheffield, Leeds dan Hull.

Satu amaran kuning untuk ais yang juga meliputi barat daya Scotland dan timur laut England. Ia termasuk kawasan-kawasan yang telah mengeluarkan amaran amber sejak semalam. Kedua-dua amaran menyatakan bahawa semua perjalanan akan tergendala di kawasan itu kerana keadaan yang terlalu sejuk serta salji yang menebal.

Salji telah meliputi di kawasan England, Wales dan Scotland dan kebanyakan orang mahu memeriksa sama ada mereka layak untuk mendapat cold weather money.

Lebih 2,500 Orang Tiada Elektrik

Selain itu, turut dinyatakan bahawa penurunan salji yang lebat telah mengakibatkan seramai 2,500 orang kehilangan elektrik di Cumbria.

Menurut Electricity North West, hampir semua 2,508 buah rumah akan mendapat bekalan elektrik mereka semula pada hari ini.

Daripada jumlah itu, 256 buah rumah yang terjejas adalah dari Lowick, South Lakeland.

Dalam sebuah post di media sosial, pembekal elektrik itu berkata, “Ia sukar untuk kami mendapatkan akses dan kami menggunakan kenderaan 4×4 untuk memasuki kawasan yang kehilangan elektrik itu.”

Sumber: Metro

BACA JUGA: Menyamar Jadi Doktor Gigi, Tukang Cuci Dipenjara

Nurul Alya