Siakap Keli
cara kupas jagung
Gambar: apaapajerr via Instagram

Cara Kupas Jagung Yang Mudah, Tak Perlu Guna Pisau

Cara Kupas Jagung Yang Mudah, Tak Perlu Guna Pisau

Pada waktu petang atau menjelang senja, sesetengah kawasan perumahan pasti akan ada sebuah lori gerai warna putih yang menjual jagung, kan? Lori itu akan lalu di setiap lorong kawasan perumahan untuk menjual jagung dan makanan lain yang mungkin ada.

Penggemar jagung mesti akan beli jagung itu, kan? Memang terasa sedapnya bila makan jagung yang masih panas. Lebih-lebih lagi jagung yang dijual dalam cup putih itu. Tapi, daripada anda beli jagung di kedai, lebih baik anda buat sendiri, kan? Barulah boleh makan jagung sepuas hati!

Kalau nak buat jagung dalam cawan, kebiasaannya anda akan kupas dulu isinya itu. Selalunya, kebanyakan orang akan gunakan pisau untuk mengupas butir-butir isi jagung. Tapi, kalau anda nak tahu ada cara yang lebih mudah untuk mengupasnya.

Satu perkongsian dari Reels Apa Apa Jer, telah menunjukkan cara kupas jagung yang mudah. Dalam Reels yang dikongsikan, seorang lelaki menunjukkan cara mengupas jagung. Kalau anda tengok video itu, mesti anda akan rasa caranya itu amat mudah.

Cara Kupas Jagung

Menurutnya, cara mengupas jagung yang kebiasaannya dilakukan oleh orang ramai adalah salah. Dia kemudiannya menunjukkan cara yang betul untuk mengupas jagung.

“Jangan buat macam ni. Salah, buat macam ni salah,” kata lelaki itu.

Mula-mula, anda perlu membelah jagung itu kepada dua. Selepas itu, belahkan jagung sekali lagi seperti dalam gambar.

Gambar: apaapajerr via Instagram

“Lepastu hangpa kopeklah macam ni. Kopek dari arah sini tau,” tambahnya lagi sambil menunjukkan cara untuk mengupas jagung itu.

Gambar: apaapajerr via Instagram

Menurut lelaki itu lagi, mengupas jagung dengan cara yang ditunjukkan itu lebih baik dan dapat mengelakkan pembaziran butir-butir isinya. Selain itu, butiran isi jagung pula keluar dengan cantik.

“Senang je, dia keluar pun cantik. Sebiji-sebiji. Kaedah ni dia lebih cantik dan lebih clean. Malah dia menjimatkan lagi jagung hampa. So, tak ada lah berlaku pembaziran jagung tu,” tambahnya lagi.

Haa, senang kan cara ini? Jagung yang dikupas nampak cantik dan penuh. Selamat mencuba!

Sumber: apaapajerr via Instagram

BACA JUGA: Tak Perlu Pergi Kedai, Ni Perkara Perlu Buat Kalau Bateri “Smart Key” Kereta Habis

Nurul Alya