“Ada peminat anime ini telah menanda dalam peta Google sebagai tugu peringatan kepada watak Kento Nanami.

“Jadi, kita berharap kerajaan negeri dapat endorsement daripada penciptanya. Supaya pantai itu menjadi tarikan terbaru buat peminat anime seluruh dunia,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Triang berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Rosli Abdul Jabar (PN-Tanjung Lumpur).

Soalan itu dijawab Leong Yu Man dalam sesi Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-2 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang.

BACA: Disebut Nanami Dalam Jujutsu Kaisen, Nama Kuantan Tiba-tiba Jadi “Trending”

Sebelum ini, nama Kuantan menjadi trending di media sosial selepas ia disebut dalam satu episod anime yang ditayangkan pada bulan lepas.

Dalam episod ke-42 itu, watak anime iaitu Kento Nanami telah menyebut nama Kuantan di Malaysia sebagai destinasi terakhir sebelum kematiannya. Nanami menggambarkan pantai di Kuantan itu sebagai lokasi pilihan untuk dia menikmati persaraan dan menghabiskan sisa kehidupan.

Potongan klip babak berkenaan kemudian menjadi tular di media sosial sehingga nama Kuantan turut disebut-sebut.

Ekoran itu, rakyat Malaysia, khususnya warga Kuantan, berkongsi perasaan teruja kerana nama Kuantan tiba-tiba menjadi bualan dalam kalangan peminat anime di seluruh dunia.

Malah, warga tempatan turut mengambil kesempatan berkongsi keindahan panorama-panorama di ibu negeri Pahang itu di akaun media sosial masing-masing.

Sumber: Sinar Harian