Siakap Keli
Kuantan Jadi Buah Mulut Netizen Gara-gara Kento Nanami 'Tak Sempat' Tunaikan Hajat Ke Sana
Kredit: X

Disebut Nanami Dalam Jujutsu Kaisen, Nama Kuantan Tiba-tiba Jadi “Trending”

Disebut Nanami Dalam Jujutsu Kaisen, Nama Kuantan Tiba-tiba Jadi “Trending”

Ibu negeri Pahang, Kuantan menjadi trending di media sosial apabila tempat ini telah disebut salah satu watak anime dalam episod terbaharunya baru-baru ini.

Kuantan merupakan sebuah bandar raya yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Jika dibandingkan dengan bandar-bandar lain seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru, nama Kuantan mungkin jarang disebut orang luar.

Namun, bandar ini mendapat perhatian global apabila namanya disebut dalam episod terbaru anime popular, Jujutsu Kaisen musim kedua. Anime berkenaan turut ditayangkan di Netflix.

Lebih tepat, nama bandar berkenaan disebut oleh salah satu watak paling diminati ramai, Kento Nanami.

Watak yang sinonim dengan senjata pisau pemotong daging itu berkongsi hasratnya yang mahu menetap di Kuantan selepas bersara.

Dalam rancangan persaraan tersebut, Nanami mahu tinggal di sebuah rumah yang terletak di persisiran pantai, membaca buku sepanjang hari dan menikmati ketenangan di sana.

“Malaysia…Malaysia… Kuantan pun okay… Saya akan bina sebuah rumah di kawasan terpencil.

“Saya ada banyak buku yang dibeli dan tidak pernah bersentuh. Saya akan baca setiap satu muka surat satu per satu, seakan-akan mengambil masa saya semula yang telah hilang,” kata Nanami dalam satu babak.

Adakah watak tampan dari Jujutsu Kaisen sempat menjejakkan kaki ke Kuantan?

Mesti anda berharap bahawa watak popular dalam siri ini dapat menunaikan hasratnya ke ibu negeri Pahang. Namun sayangnya, Nanami ditakdirkan untuk tidak dapat menjejakkan kakinya di sana.

Hal ini demikian kerana, impian Nanami terkubur sebaik sahaja dia dibunuh salah satu watak antagonis, Mahito dalam episod yang sama.

Ramai peminat siri ini, khususnya rakyat Malaysia merasa sedih atas pemergian watak yang disukai ramai.

Kebanyakan peminat telah menzahirkan rasa sedihnya di laman X sehingga nama Kuantan menjadi trending di laman tersebut.

Watak Nanami turut diminati banyak pihak kerana suaranya disumbangkan oleh pelakon suara legenda bersuara ‘jantan’, Kenjiro Tsuda.

BACA: Rupanya Kena Pulang Balik, Kenali Xyloband, Gelang Cahaya Dipakai Peminat Coldplay

Sumber: Sportskeeda

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma