Taylor Swift Dinobat “Person Of The Year” Oleh Majalah Time
Penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Taylor Swift diberikan penghargaan oleh Majalah Time dan dinobatkan sebagai Person Of The Year selepas menamatkan tahun 2023 dengan cemerlang, lapor AFP.
Dalam terbitan terbaru majalah itu, Taylor mendapat penghormatan susulan pencapaiannya dalam bidang seni muzik.
Setelah hampir dua dekad bertapak dalam industri ini, kerjaya bintang berusia 33 tahun itu semakin meningkat naik termasuk berjaya memecah rekod industri dan jelajahnya (Tour).
Taylor dijangka akan meraih $2 bilion (RM9.3 bilion) hasil daripada konsert jelajahnya di seluruh dunia. Ia sekaligus mencipta sejarah apabila menjadi konsert jelajah pertama yang melepasi pendapatan $1 bilion (RM4.67 bilion).
BACA: Lebih 140k Peminat Hadir, Konsert Taylor Swift Jana Aktiviti Gempa Bumi 2.3 Magnitud
Ia termasuk proses pendokumentasian filem jelajah musim sejuk yang bernilai $92.8 juta (RM433.6 juta).
Pengendali Syarikat Teater, AMC berkata jualan tiket pendahuluan bagi filem itu juga mencecah $100 juta (RM467 .3 juta) di seluruh dunia. Ia sekaligus menjadi filem konsert paling laris dalam sejarah.
Album “1989” juga berjaya memecahkan rekod jualan dalam rakaman semula album tersebut.
“Ia adalah fasa empayar,” kata Taylor Swift dalam majalah tersebut.
Dalam satu muat naik di platform X, Time turut memaparkan poster hadapan wajah penyanyi tersebut.
Taylor Swift (@taylorswift13) is TIME's 2023 Person of the Year https://t.co/oyjR55azCZ pic.twitter.com/m2qbIbd5TX
— TIME (@TIME) December 6, 2023
Sementara itu, ketua Editor Time, Sam Jacobs dalam satu kenyataan turut menyifatkan Taylor sebagai penyanyi yang berpengaruh.
“Taylor Swift mempunyai cara tersendiri dan menjadi cahaya dalam dunia muzik. Sebahagian pencapaiannya pada 2023 adalah menakjubkan,” katanya.
BACA: Taylor Swift Dilapor Beri Bonus Berjumlah RM250 Juta Kepada Semua Krew Konsert Jelajahnya
Tambah Sam, titik tolak kejayaan penyanyi itu adalah dia berkongsi perjalanan hidupnya dengan dunia termasuk dalam aspek impian, perasaan dan pengalaman khususnya kepada wanita yang diabadikan dalam album-albumnya.
Antara individu lain yang pernah mendapat gelaran Person of The Year oleh majalah itu adalah Volodymyr Zelensky, Martin Luther King Jr. dan Greta Thunberg.
BACA JUGA: Taylor Swift Kini Bergelar Billionaire, Harta Cecah RM 5.36 Bilion
Sumber: AFP