Siakap Keli
Tak Perlu Susah-Susah Pergi Ke Kedai, Ini Cara Untuk Buat Tempe Sendiri Di Rumah
Kredit: Facebook

‘Gerenti’ Jadi, Cara Buat Tempe Sendiri Di Rumah, Hanya Guna 3 Bahan

‘Gerenti’ Jadi, Cara Buat Tempe Sendiri Di Rumah, Hanya Guna 3 Bahan

Tempe merupakan salah satu hidangan yang popular di Indonesia, lebih-lebih lagi dalam kalangan komuniti masyarakat Jawa.

Kita dapat melihat tempe dalam pelbagai hidangan seperti Nasi Ambeng, Nasi Ayam Penyek, Sambal Goreng Jawa dan sebagainya.

Hidangan ini sering dijadikan sebagai lauk untuk dimakan bersama nasi dan sumber protein utama bagi golongan vegetarian.

Secara umumnya, tempe dihasilkan daripada proses penapaian kacang soya dan boleh dimakan begitu sahaja.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, tempe mengandungi beberapa khasiat seperti  karbohidrat, kalsium, fosforus, vitamin B 12, kalsium dan antioksidan.

Kini, anda tidak lagi perlu untuk bersusah payah untuk ke kedai kerana kita dapat menghasilkan tempe sendiri di rumah.

‘Gerenti jadi’, pengguna Facebook kongsi cara buat tempe sendiri di rumah

Seorang pengguna Facebook, Norlaila Dlaila telah berkongsi bahan dan cara pembuatan tempe ‘homemade’ menerusi hantarannya baru-baru ini.

Bahan-bahan yang diperlukan pun hanyalah tiga iaitu kacang soya (1 kilogram), ragi (1 sudu) dan tepung jagung (1 sudu).

Pertama sekali, sediakan semua bahan dan rendam kacang soya selama lima jam. Selepas selesai merendam dalam tempoh tersebut, rebus kacang soya kira-kira 25 minit.

Apabila selesai merebus, biarkan kacang soya tersebut terendam selama semalaman dalam air rebusan berkenaan.

Setelah dibiar berada dalam air rebusan selama semalaman, buang air rebusan kaya soya itu dan basuh kacang soya dengan menggunakan air biasa.

Kredit: Facebook

Semasa membasuh kacang soya, ramas permukaan kulit kacang soya untuk membuang kulitnya. Bilas beberapa kali sehingga semua kulitnya tertanggal dari kacang tersebut.

Kemudian, rebus sekali lagi kacang soya yang sudah tidak memiliki kulit selama 25 minit. Selepas selesai merebus selama 25 minit, keringkan kacang soya sehingga betul-betul kering. Kali ini, kacang soya tersebut tidak perlu dibilas.

cara buat tempe sendiri
Kredit: Facebook

Setelah kacang soya didapati betul-betul kering, gaulkan kacang soya dengan ragi tempe sehingga sekata. Kacang soya yang sudah disaluti ragi dan tepung jagung kemudian dimasukkan ke dalam plastik yang telah ditutup.

Plastik yang diisi dengan kacang soya tadi perlu dicucuk beberapa kali untuk memberi ruang pengudaraan. Norlaila berkata, jika mahukan tempe yang gebu, letakkan kacang soya di dalam plastik dengan padat.

cara buat tempe sendiri
Kredit: Facebook

Simpan plastik yang berisi kacang soya tadi di tempat yang gelap dan hangat selama semalam. Elak letak bungkusan tempe itu tadi secara bertindan dengan tempe yang lain.

Letakkan satu-satu di atas bakul dan tutup dengan apa-apa bahan yang nipis seperti kain atau pun surat khabar.

Menurut Norlalia, dia membeli ragi tempe menerusi aplikasi beli belah atas talian dengan harga RM4 untuk 100 gram.

Katanya lagi, 100 gram ragi tempe cukup digunakan untuk membuat tempe sebanyak dua kali.

BACA: Tak Perlu Ambil Cuti & Beratur, Ini Cara Nak “Renew” Lesen Memandu Secara Online

Sumber: Norlaila Dlaila via Facebook

 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma