Siakap Keli
Gambar via Anadolu Ajansi

Pemikiran Stereotype Mengenai Autisme Yang Sering Berlaku

Pemikiran Stereotype Mengenai Autisme Yang Sering Berlaku

Austisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD) merupakan gangguan perkembangan yang boleh mempengaruhi kelakuan, pemikiran dan interaksi individu yang mempunyai autisme, dengan orang lain.

Kebanyakan orang masih belum mempunyai kefahaman mengenai autisme dan ia membawa kepada pemikiran stereotype autisme. Pemikiran ini boleh memberikan impak buruk terhadap individu yang mempunyai autisme.

Ia boleh menyebabkan mereka dibuli atau dipulaukan. Terutama sekali dalam kalangan kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa harus memainkan peranan yang penting bagi memastikan masalah buli terhadap mereka dapat dikurangkan.

Mereka juga memainkan peranan untuk meningkatkan kefahaman mengenai autism dengan mengajar anak-anak mereka mengenainya. Ia juga supaya orang ramai tidak lagi mempunyai stereotype mengenai autism. Perkongsian ini akan membongkarkan pemikiran stereotype autisme yang menjadi kebiasaan kepada orang ramai.

Stereotype Dan Salah Faham

Definisi stereotype merujuk kepada satu generalisasi sesebuah kumpulan itu melalui bangsa, jantina, umur dan banyak lagi. Manakala salah faham pula merujuk kepada salah faham mengeni satu fakta. Kebiasaannya, stereotype boleh berlaku kerana salah faham ini.

Tetapi, ia juga boleh berlaku disebabkan pengalaman seseorang itu dan juga apa yang ditunjukkan di media.

Berikut adalah lapan stereotype mengenai autisme yang sering difirkan oleh orang ramai.

Kebenaran Stereotype Autisme

Seseorang Yang Mempunyai Autism Adalah Agresif

Kebiasaannya, orang ramai mempunyai tanggapan bahawa seseorang yang mempunyai autisme itu akan mempunyai kelakuann yang agresif. Namun, kelakuan agresif mereka ataupun outburst mereka boleh dialami oleh orang lain juga.

Selalunya, ia terjadi kerana beberapa pencetus seperti sensory sensitivities, rasa marah apabila terdapat perbezaan komunikasi yang menyukarkan mereka untuk difahami, pemahaman sosial, buli, kegelisahan dan juga rasa tertekan.

Mereka Obses Mengenai Sesuatu

Seterusnya, terdapat juga stereotype yang menyatakan bahawa individu yang mempunyai autisme akan menjadi terlalu obses dengan sesuatu yang mereka minati.

Bagi hal ini, ia bermaksud rasa taksub yang melampau terhadap sesuatu sehinggakan ia boleh menjejaskan kesihatan mereka dan hubungan mereka bersama orang lain.

Walaupun ia benar bahawa seseorang yang mempunyai autisme akan mempunyai minat yang tinggi terhadap sesuatu, tetapi ia tidak bermakna sestiap orang yang mempunyai autisme akan mengalaminya.

Tambahan pula, ia bukanlah sesuatu yang unik untuk menunjukkan seseorang itu mempunyai autisme. Ini kerana, individu yang dikenali sebagai neurotypical juga boleh menunjukkan rasa taksub mereka terhadap sesuatu seperti video game.

Mereka Sangat Bijak

Sekiranya anda melayari internet atau media sosial, anda mungkin pernah terdengar high functioning dan low functioning untuk menjelaskan individu yang mempunyai autisme. Ini kerana, autism merupakan sesuatu yang sangat kompleks dan setiap orang akan menunjukkannya dengan cara yang berbeza.

Pihak yang lebih profesional telah mencuba untuk memberikan definisi terhadap sifat atau kelakuan autisme yang sering dilihat. Antara yang mudah dikenal pasti adalah sindrom Asperger.

Tetapi, penggunaan sindrom itu telah memberikan banyak kesan buruk dan stereotype mengenai austisme. Pada tahun 2013, sindrom Asperger ini tidak lagi dikenali sebagai official disorder oleh Diagnostic and Statistic Manual of Mental Disorder 5 (DSM-5). Sebaliknya, penghidap autisme akan diletakkan dalam spectrum autisme.

Selain itu, punca yang menjadikan stereotype ini terkenal adalah kerana itulah yang ditunjukkan dalam filem dan drama. Kebanyakan filem akan menunjukkan savants yang merujuk kepada seseorang yang mempunyai kepintaran atau kemahiran yang tinggi.

Kebiasaannya, mereka pandai dalam matematik, muzik, seni dan bahasa.

Mereka Tidak Bijak

Seperti yang dinyatakan, seseorang yang autistik mempunyai kepintaran mengenai pelbagai perkara, seperti orang lain. Bukan itu saja, seseorang yang mempunyai tahap kepintaran yang tinggi juga boleh didiagnos dengan autisme.

Austisme juga tidak menjejaskan kepandaian seseorang itu. Ia juga tidak bermaksud bahawa seseorang yang didiagnos itu tidak boleh belajar ataupun mempunyai kemahiran tersendiri. Selain itu, ia tidak menjejaskan seseorang itu daripada mempunyai pencapaian akademik yang bagus.

Mereka Tidak Boleh Berkomunikasi

Walaupun mereka mengalami kesukaran untuk berkomunikasi, ia tidak bermaksud mereka tidak boleh bercakap. Terdapat sesetengah individu yang menghidapi autisme yang merupakan non-verbal. Tetapi, kebiasannya, ia terjadi kerana mereka mungkin mempunyai masalah yang lain.

Mempunyai autisme tidak menghalang kebolehan seseorang itu untuk bercakap, tetapi ia boleh menjadi agak mencabar untuk mereka berkomunikasi atau untuk meluahkan perasaan mereka seperti orang lain.

Sekiranya mereka seorang yang non-verbal mereka mungkin berkomunikasi dengan cara lain seperti menggunakan bahasa isyarat.

Mereka ‘Nampak’ Lain

Kadang-kadang, anda mungkin mendengar seseorang itu berkata, “Dia nampak macam autistik,” dan ia amatlah mengejutkan. Ini kerana, autisme tidak mempengaruhi fizikal seseorang yang menghidapi autisme.

Ia agak sukar untuk mengenal pasti individu autistik kerana ia merujuk kepada cara otak mereka berfikir dan bukan paras rupa mereka. Namun, mereka mungkin mempunyai kecacatan fizikal yang membezakan paras rupa mereka, cara mereka bergerak, ataupun bunyi yang mereka keluarkan. Tetapi, ia tidak berkait dengan autisme.

Mereka Tiada Emosi

Mempunyai autisme tidak bermaksud seseorang itu tidak boleh merasai atau meluahkan emosi mereka seperti rasa marah, gembira, sedih, ataupun teruja. Mereka juga boleh mengalami semua emosi itu seperti orang lain.

Kadang-kadang, mereka mungkin akan luahkan emosi mereka dengan cara yang berlainan. Tetapi, ia tidak bermakna mereka tiada emosi. Sesetengah orang mungkin tidak menunjukkan emosi mereka secara luaran, tetapi kebiasaannya ia berpunca daripada masalah buli dan trauma.

Ia bukan hanya berlaku kepada individu autistik, ia juga boleh berlaku kepada orang lain. Emotional intelligence dan komunikasi emosi merupakan satu sifat yang boleh diperbaiki dalam sepanjang hidup seseorang itu. Tidak kiralah sama ada mereka merupakan penghidap autisme atau bukan.

Mereka Tidak Boleh Mempunyai Hubungan

Mereka kerap mempunyai masalah untuk berkomunikasi dan memahami social cues. Ia boleh menyukarkan mereka untuk mempunyai hubungan bersama orang lain.

Tetapi, dengan sokongan yang diberikan oleh keluarga atau rakan untuk memahami social cues dan berkomunikasi dengan baik, seseorang yang mempunyai autisme boleh mempunyai hubungan secara platonik atau romantik yang penuh bermakna.

Kesimpulannya, anda boleh menyangkal pemikiran stereotype seperti yang dinyatakan ini dengan cara memahami dengan lebih lanjut mengenai autisme. Mereka juga merupakan manusia seperti kita semua. Mereka juga mempunyai hati dan perasaan.

Fahami mereka, elakkan daripada memulaukan atau membuli mereka hanya kerana mereka berbeza dengan kita.

Sumber: Autism Learning Partners

BACA JUGA: Resipi Pancake Mini, Mudah Dan Cepat

Nurul Alya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.