Siakap Keli
Gambar: nnurhaziqah via TikTok

Resipi Pancake Mini, Mudah Dan Cepat

Resipi Mini Pancake, Mudah Dan Cepat

Kebiasannya, apakah yang menjadi juadah minum petang anda? Adakah anda akan membeli pisang goreng? Keropok lekor? Atau adakah anda akan membuat juadah sendiri seperti karipap dan sandwich? Dihidangkan pula bersama air teh o panas. Mesti best, kan?

Kalau minum petang, buat pancake pun boleh juga. Lagi-lagi pancake mini yang kecil dan boleh dimakan dengan sekali suap saja. Biasanya, pancake ini boleh dimakan begitu saja. Kalau anda rajin, bolehlah buat sambal atau kuah coklat untuk dimakan bersama pancake itu.

Mari cuba resipi pancake mini ini!

Bahan-Bahan

Bahan-bahan yang diperlukan adalah tepung gandum, serbuk penaik, gula, garam, susu full cream, esen vanila, minyak masak dan sebiji telur.

Sukatan bahan-bahan menggunakan pula adalah, 1 1/4 cawan tepung gandum, satu sudu kecil serbuk penaik, satu sudu besar gula, satu sudu kecil garam atau ikut sukatan anda sendiri, dan satu cawan susu full cream.

Esen vanila pula anda boleh gunakan satu penutup kecil saja dan masukkan dua sudu besar minyak masak.

Cara-Cara Membuat Pancake Mini

Cara membuat pancake mini ini sangat mudah. Mula-mula, anda masukkan semua bahan-bahan yang telah disukat ke dalam sebuah bekas. Kemudian, anda gaulkan bahan-bahan hingga sebati.

Setelah bahan-bahan sudah sebati, anda boleh panaskan non-stick pan dengan api yang kecil. Gunakan sudu untuk meletakkan bancuhan pancake ke atas non-stick pan. 

Pastikan anda masak pancake itu pada api yang kecil. Ketika memasak, sekiranya bahagian atas pancake itu kelihatan berlubang, anda boleh membalikkannya. Biarkan bahagian yang sebelah pula untuk masak.

Anda boleh habiskan bancuhan pancake yang sudah dibuat. Setelah semuanya telah masak, anda boleh hidangkan pancake mini itu. Pancake ini boleh dimakan bersama sos coklat ataupun sambal. Kalau anda nak makan begitu saja pun boleh.

Jika anda masak untuk juadah minum petang, bolelah anda hidangkan sekali air teh ataupun teh’o panas. Barulah rasa lengkap juadah minum petang anda! Selamat mencuba!

@nnurhaziqah

Mini pancake. Sedap sangat , lembut ! ✨

♬ girls like me don’t cry (sped up) – thuy

Sumber: nnurhaziqah

BACA JUGA: Resipi Spageti Carbonara Tanpa Sos Prego

Nurul Alya