Siakap Keli
Gambar: izyanmasrii via TikTok

Resipi Spageti Carbonara Tanpa Sos Prego

Resipi Spageti Carbonara Tanpa Sos Prego

Kebiasaannya, kalau seseorang itu nak makan spageti carbonara, mereka akan pergi ke kedai yang menjualnya untuk makan. Kalau rasa mahu berjimat, mereka akan masak sendiri. Tetapi, kalau anda perlu beli beberapa tin sos carbonara Prego itu, anda tetap mengeluarkan duit, kan?

Lebih-lebih lagi sekiranya anda membeli sos itu dengan banyak sebagai simpanan untuk kegunaan akan datang. Walaupun anda tinggal seorang diri dan mungkin tidak memerlukan sos Prego yang banyak, anda tetap perlu membelinya, kan? Jadi, untuk lebih jimat, apa kata anda tidak perlu gunakan langsung sos Prego itu untuk masak spageti carbonara?

Cubalah resipi ini, tak perlu gunakan sos Prego tau! Resipi ini dikongsi di platform TikTok oleh pengguna, Izyan Masri.

Bahan-Bahan

Bahan-bahan untuk membuatnya amat mudah, anda perlukan sosej, isi ayam, bawang putih, dua keping cheese slice, susu full cream, air rebusan spaghetti, garam dan herba campuran (jika ada).

Cara-Cara Memasak

Pertama sekali, anda perlulah merebus spageti anda dulu. Sementara spageti direbus, anda bolehlah sediakan bahan-bahan yang lain.

Sosej yang anda telah defrost, anda perlu memotongnya kecil-kecil. Begitu juga dengan isi ayam sekiranya anda mempunyai isi ayam yang besar dan tidak dipotong, anda perlu potong isi ayam itu kecil-kecil. Kemudian, hiriskan bawang putih. Kesemua bahan-bahan ini perlulah dibilas dengan air paip dulu sebelum anda menggunakannya untuk masak.

Sekiranya spageti anda sudah direbus, anda boleh letak di tepi dulu. Simpan air rebusan spageti supaya ia boleh digunakan.

Untuk membuat kuah carbonara itu, mula-mula panaskan minyak. Selepas itu, masukkan sosej dan isi ayam. Apabila sosej dan isi ayam itu sudah masak, baru masukkan bawang putih yang telah dihiris itu dan gaulkan bersama ayam dan sosej.

Kemudian, masukkan satu kotak susu full cream yang kecil dan masukkan dua keping cheese slice supaya kuah carbonara anda itu jadi pekat. Jika kuah itu terlalu pekat, masukkan sedikit air rebusan spageti. Seterusnya, masukkan pula garam. Kalau ada herba campuran, anda boleh masukkan juga.

Apabila bahan-bahan itu sudah digaul dengan baik, anda boleh masukkan pasta pilihan anda dan gaulkan bersama kuah. Bila dah masak, anda bolehlah hidangkan spageti carbonara itu. Resipi ini sangat senang dan cepat. Paling penting, anda tak perlu gunakan sos Prego. Kan dah jimat!

@izyanmasrii

Resepi 10 minit tanpa Prego #fyp #foryoupage #fypシ #videomasak #videomasakmasak #resepi #resepisimple #foodie #tipsmasak #trending #videoviral

♬ 3 minutes cooking song(863632) – furufuru

Sumber: izyanmasrii via TikTok

BACA JUGA: Resipi Mi Goreng Basah ‘Nostalgia’, Bungkus Dengan Surat Khabar

Nurul Alya