Siakap Keli
Gambar via National Geographic

Ikan Paus ‘Sperm Whale’ Mati Setelah Terdampar Di Pantai

Ikan Paus Sperm Whale Mati Setelah Terdampar Di Pantai

Seekor Sperm Whale yang telah terdampar di persisiran pantai di sebuah pantai di Perth, Australia Barat baru-baru ini telah pun mati.

Pihak pegawai dari Perkhidmatan Taman dan Hidupan Liar Australia Barat telah mengesahkan bahawa ikan paus yang bersaiz 15 meter (49 kaki) telah mati pada pagi Selasa.

Ikan paus itu mati setelah ia berenang dari persisiran pantai ke dalam laut.

“Pergerakan ikan paus itu agak perlahan dan ia hanya berenang sejauh 200 hingga 300 meter sebelum ia betul-betul berhenti.

“Pernafasan ikan paus itu memberitahu kami bahawa ia akan mati,” kata Mark Cugley yang merupakan Incident Controller daripada Perkhidmatan Taman dan Hidupan Liar itu.

Pada mulanya, ikan paus itu muncul di Pantai Rockingham pada hari Sabtu, dan ia dikerumun oleh orang ramai yang menyentuhnya dan mengambil gambar.

Menurut pakar mamalia marin kerajaan, Kelly Waples, ikan paus itu akan berada dalam keadaan kegelisahan apabila ia sampai ke pantai itu.

Dia juga berkata bahawa interaksi bersama orang ramai telah meningkatkan kegelisahan ikan paus itu.

Sperm Whale Sakit

“Ikan paus merupakan haiwan pelagik, ia bermaksud ikan paus itu hidup dalam lautan yang dalam dan ia merupakan tempat mereka mencari makanan dan meluangkan masa mereka.

“Ia agak menghairankan untuk mereka berada berdekatan dengan persisiran pantai,” kata Kelly Waples.

Ikan paus itu telah berenang ke lautan setelah berinteraksi dengan manusia yang ramai. Tetapi, ia dijumpai di sandbar berdekatan.

Kata Kelly Waples, ikan paus itu dijumpai dalam keadaan kurus kering dan di tempat yang ia tidak sepatutnya berada.

“Ikan paus itu berada dalam keadaan yang tidak sihat apabila ia sampai di sini dan kemungkinan untuk ikan paus itu hidup adalah tipis,” ujar Kelly Waples lagi.

Pihak berkuasa sebenarnya telah mempertimbangkan untuk membunuh ikan paus itu sebelum mereka mendapati ia sudah mati.

Kini, menurut kenyataan daripada Perkhidmatan Taman dan Hidupan Liar Australia Barat, pasukan ranger akan memindahkan bangkai Sperm Whale seberat 30 tan itu.

Mereka akan memindahkannya ke dalam kawasan air yang lebih selamat dan jauh daripada pantai yang masih ditutup itu.

Sumber: CNN

BACA JUGA: Anjing Sakit Gusi, Punca Kejadian Tayar Pancit Di Itali

Nurul Alya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.