Siakap Keli
Tiga penagih ditahan
Kredit BERNAMA

Positif Dadah, Tiga Individu Ditahan Ketika “Mass DNA Screening” Kes Zayn Rayyan

Positif Dadah, Tiga Individu Ditahan Ketika “Mass DNA Screening” Kes Zayn Rayyan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan tiga individu disyaki penagih dadah selepas  mass DNA screening atau ujian DNA secara beramai-ramai di Apartment Idaman, Damansara Damai.

Menurut Sinar Harian, keputusan ujian air kencing ketiga-tiga individu itu yang juga penghuni di apartmen berkenaan adalah positif.

Perkara tersebut turut disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Bagaimanapun beliau menegaskan kesemua individu yang ditahan itu tidak mempunyai kaitan dengan siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin.

“Kebetulan ketika kami (polis) melakukan mass DNA screening tersebut, ketiga-tiganya positif dadah.

“Oleh sebab itu kita tahan mereka bagi lakukan ujian air kencing untuk tindakan lanjut, namun ketiga-tiganya tiada kaitan dengan siasatan kes pembunuhan arwah Zayn,” katanya pada Rabu.

Pelakon ‘Fight Back To School’, Kathy Chow Disahkan Meninggal Dunia

Semalam, Hussein mengesahkan bahawa keputusan ujian DNA secara beramai-ramai dijangka akan diperoleh dalam tempoh dua atau tiga hari akan datang.

Difahamkan, ujian DNA yang dijalankan itu adalah sebahagian daripada proses siasatan yang sedang dilakukan melibatkan penduduk apartment tersebut.

Terdahulu, seramai 228 individu telah diambil ujian DNA melibatkan pemeriksaan unit rumah dan premis perniagaan di sekitar kawasan Apartment Idaman.

Pemeriksaan besar-besaran tersebut dijalankan melibatkan 18 blok rumah yang menempatkan sebanyak 2,484 unit rumah di kawasan perumahaan terbabit.

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka