Siakap Keli
zara tarik balik iklan
Gambar: Emmanuel Dunand/AFP & Instagram Zara

Zara Tarik Balik Iklan, Kesal Dengan Salah Faham Yang Berlaku

Zara Tarik Balik Iklan, Kesal Dengan Salah Faham Yang Berlaku

Jenama fesyen terkemuka, Zara meluahkan rasa kesal berhubung imej kempen pengiklanannya disalah erti sehingga mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan di Instagram, jenama fesyen itu memaklumkan bahawa iklan tersebut telah ditarik balik.

Jelasnya lagi, ilham untuk mencipta iklan itu sebenarnya telah dibuat pada Julai lalu.

“Selepas melihat komen mengenai kempen terbaru Zara Atelier iaitu “The Jacket”, kami ingin berkongsi perkara berikut dengan pelanggan kami;

“Kempen tersebut diilhamkan pada bulan Julai dan dirakamkan pada bulan September, yang mempersembahkan satu arca yang belum siap dalam studio pengukir dan dicipta dengan tujuan semata-mata untuk memaparkan pakaian buatan tangan dalam konteks artistik

“Malangnya, sesetengah pelanggan berasa tersinggung dengan gambar-gambar itu, yang kini telah dialih keluar dan mereka melihatnya dalam konteks yang jauh dari apa yang mahu disampaikan sewaktu ia dicipta.

BACA JUGA: Sambut “Birthday” Ke-191 Tahun, Kenali Jonathan, Kura-Kura Paling Tua Di Dunia 

“Zara kesal dengan salah faham ini dan kami sekali lagi ingin menegaskan rasa hormat kami yang mendalam terhadap semua orang,” maklum Zara dalam kenyataan tersebut.

Sebelum ini, imej yang dimuat naik oleh Zara di akaun media sosial mereka menimbulkan spekulasi susulan memperagakan figura bersama arca yang dibaluti kain putih.

Perkara itu tular di laman media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi negatif daripada warganet di seluruh dunia.

Sumber: Instagram Zara

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.