Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Jonathan Kura-Kura Tua
Gambar: GWR

Sambut “Birthday” Ke-191 Tahun, Kenali Jonathan, Kura-Kura Paling Tua Di Dunia 

Iqbal Yasir

Sambut “Birthday” Ke-191 Tahun, Kenali Jonathan, Kura-Kura Paling Tua Di Dunia

Pernahkan anda terfikir haiwan darat manakah yang mempunyai usia paling lama yang pernah hidup di dunia ketika ini. Jawapannya adalah seekor kura-kura gergasi.

Berusia 191 tahun, kura-kura yang dinamakan sebagai Jonathan memegang gelaran haiwan darat tertua yang masih hidup. Mamalia ini menyambut hari lahirnya yang ke-191 baru-baru ini pada tanggal 4 Disember.

Difahamkan, ia dilahirkan pada tahun 1832. Tarikh lahir rasmi Jonathan dimaklumkan oleh Gabenor St Helena, Nigel Phillips pada tahun lalu sewaktu ia menyambut hari kelahirannya yang ke-190, lapor The Guardian.

Jonathan Haiwan Darat Tertua

Jonathan merupakan kura-kura gergasi dari spesies Seychelles atau nama saintifiknya Aldabrachelys gigantea hololissa. Seychelles merupakan spesies yang jarang ditemui.

Pada 1882, Jonathan yang berasal dari Pulau Atlantik selatan Saint Helena, telah dibawa oleh gabenor British ketika itu, William Grey-Wilson sebagai hadiah.

Ketika itu, usianya adalah 50 tahun dan telah mencapai tempoh matang sepenuhnya. Gambar Jonathan sedang meragut rumput juga berjaya diambil di taman kediamannya pada tahun 1882 dan 1886.

Jonathan Kura-Kura Gergasi
Gambar: GWR

Pegang Dua Rekod Dunia

Untuk pengetahuan, Jonathan memegang dua Rekod Dunia Guinness (GWR) iaitu haiwan darat tertua yang masih hidup dalam kategori chelonian tertua (tergolong dalam spesies kura-kura, penyu dan terrapin).

Bukan itu sahaja, Jonathan juga memegang gelaran mamalia tertua yang masih hidup. Haiwan itu berjaya mengatasi rekod yang dipegang oleh seekor kura-kura, daripada Tu’i Malila (1777–1965) yang berusia sekitar 188 tahun pada 2021 lalu.

Doktor haiwan St. Helena Joe Hollins menjelaskan mamalia tersebut masih dalam keadaan sihat, meskipun ia buta akibat katarak (penyakit mata) dan hilang deria bau.

BACA JUGA: Kenali Kairan Quazi, Budak Jadi Jurutera Perisian Starlink SpaceX Pada Usia 14 Tahun

Tambahnya, Jonathan masih mempunyai selera makan yang sihat dan dorongan seksual yang stabil.

Menurut GWR, dia masih cuba mengawan dengan kura-kura betina yang tinggal bersamanya iaitu Emma berusia kira-kira 55 tahun dan Frederik, 32 tahun.

Makanan Kegemaran Jonathan

Gambar: GWR

Menurut GWR, Jonathan mempunyai makanan kegemarannya sendiri iaitu kubis, timun, lobak merah, salad, epal, pisang dan buah-buahan bermusim.

Pada 2022, kura-kura itu menyambut hari lahirnya dengan sebiji kek yang diperbuat daripada beberapa makanan kegemarannya.

Purata Jangka Hayat Seychelles

Jonathan Kura-Kura Gergasi
Gambar: GWR

Kebiasaannya, kura-kura gergasi Seychelles mempunyai purata jangka hayat selama 150 tahun.

BACA JUGA: Kenali Manchineel, Pokok Paling Berbahaya Di Dunia Hingga Digelar “Tree Of Death”

“Lazimnya, haiwan tidak terlalu sensitif dengan jantina. Meskipun mengetahui Jonathan bakal ‘pergi’ suatu hari nanti, saya percaya bahawa kami telah berjaya menjaganya dengan meningkatkan jangka hayatnya.

“Kami juga memberikan makanan yang mengandungi kalori yang baik kepadanya sekali seminggu dan ia telah memberikan impak terhadap risiko Jonathan kekurangan mikro vitamin, mineral dan unsur surih (trace element),” kata Hollins.

Spesies Terancam

Gambar: GWR

Pada awalnya, Jonathan diklarifikasikan sebagai spesies kura-kura gergasi Aldabra (Aldabrachelys gigantea) dari Atol Aldabra yang terdapat di kepulauan Seychelles.

Walau bagaimanapun, Pakar Zoologi dan Seychelles Nature Trust berkata Jonathan merupakan spesies kura-kura gergasi Seychelles yang jarang ditemui.

Spesies ini difahamkan hampir pupus kerana diburu oleh pelayar Eropah. Bahkan spesies itu dianggap telah pupus sehingga penyelidik terpaksa menganalisis spesimen yang masih dijaga dalam keadaan hidup.

Menurut Kumpulan Pakar Kura-kura dan Penyu Air Tawar (IUCN), dianggarkan kira-kira 80 ekor spesies kura-kura itu direkodkan di seluruh dunia.

Sepanjang usianya, Jonathan telah melalui dua perang dunia, 40 presiden Amerika Syarikat dan 31 gabenor St. Helena. Sehingga kini, haiwan itu tinggal bersama tiga lagi kura-kura gergasi bernama Emma, Fred dan David.

Sumber: Live Science, Guinness World Record (GWR)