Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
kairan quazi 14 tahun jurutera perisian
Kredit: USA TODAY

Kenali Kairan Quazi, Budak Jadi Jurutera Perisian Starlink SpaceX Pada Usia 14 Tahun

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Kenali Kairan Quazi, Budak Jadi Jurutera Perisian Starlink SpaceX Pada Usia 14 Tahun

Ungkapan umur hanya sekadar angka adalah sangat tepat untuk menggambarkan pencapaian remaja ini.

Pada usia baru sahaja 14 tahun, siapa sangka, Kairan Quazi telah direkrut dan ditawarkan jawatan sebagai jurutera perisian di SpaceX dan terlibat dalam program pembangunan Starlink.

Apatah lagi, SpaceX bukanlah sebuah syarikat yang biasa-biasa, sebaliknya adalah syarikat yang terlibat dalam industri angkasa lepas. Lebih daripada itu, SpaceX adalah syarikat milik billionaire dan manusia terkaya di dunia, Elon Musk.

Kairan seolah-olah memang ditakdirkan untuk mencapai perkara besar dalam hidupnya. Tidak seperti kanak-kanak lain, Kairan tidak pernah mengikuti pengajian formal di sekolah rendah.

Pada usia 10 tahun, beliau menerima Diploma Pengajian Tinggi daripada sebuah institusi pengajian di California.

Usia yang masih mentah juga tidak menghalang remaja ini menjadi felo kecerdasan buatan termuda di Fortune 100, sebuah organisasi yang antarabangsa yang terlibat dalam bidang penyelidikan.

Jun lepas, dia bergraduasi dari Kolej Kejuruteraan Universiti Santa Klara dalam bidang Kejuruteraan Sains Komputer.

Selepas itu, dia mendapat tawaran daripada SpaceX untuk mengisi posisi sebagai seorang jurutera dan meneroka potensi sebenar dirinya.

“Perhentian seterusnya, SpaceX,” ujar Kairan dalam satu hantaran IG. Dia turut berkongsi tangkap layar email tawaran kerja daripada SpaceX.

“Saya telah menerima tawaran kerja sebagai Jurutera Perisian di salah satu syarikat terkemuka di dunia. Terima kasih kepada semua yang sering mengikuti perkembangan perjalanan saya,” katanya.

Kairan mahu menjadi sebahagian daripada sesuatu benda yang besar

Perkongsian tersebut pantas menjadi tular dan mengejutkan banyak pihak. Namun Kairan berjanji semua pujian yang datang dan usianya tidak akan memberi impak buruk kepada masa depan dan kerjayanya.

Bagaimanapun Kairan mendedahkan bahawa tawaran itu tidak datang terus, sebaliknya dia perlu menghadiri 10 pusingan temu duga bersama SpaceX sebelum ditawarkan kerja tersebut.

“Saya merasa teruja dan terkejut kerana SpaceX membuat keputusan dengan pantas. Peluang yang ditawarkan SpaceX seiring dengan keinginan diri saya yang sentiasa mahu menjadi sebahagian daripada perkara besar,” katanya lagi.

Hanya ditawarkan 3 pekerjaan dan ditolak sebanyak 95 kali

Dalam pada itu, Kairan yang kini menetap di Washington berkata, dia memohon sebanyak 98 tawaran kerja. Daripada jumlah tersebut, hanya tiga tawaran sahaja yang memberi respon.

Kairan kemudian memilih SpaceX kerana merasakan syarikat tersebut tidak melihat usia seseorang sebagai alat untuk mengukur kematangan.

“Mereka merekrut individu yang ada semangat inovasi yang radikal dan mampu memberi impak. Kadar kemasukan ke SpaceX hanyalah o.02%. Jadi, apabila pengurusan SpaceX memilih dan yakin dengan potensi saya untuk menjadi salah seorang jurutera terkemuka di negara ini, saya merasa amat merendah diri,” katanya lagi.

Dia juga memilih SpaceX kerana teruja dengan cabaran yang menanti dan peluang untuk mengasah kemahiran pelbagai disiplin ilmu serta kemampuan komonikasinya.

Dalam pada itu, di bawah undang-undang buruh di Washington, SpaceX tidak memerlukan kebenaran khas untuk mengambil remaja itu bekerja. Hal ini kerana, Kairan sendiri sudahpun memenuhi syarat umur minimum yang sah untuk bekerja.

Pernah melancong ke Malaysia

kairan quanzi jurutera perisian 14 tahun
Kredit: USA TODAY

Kairan memiliki hobi bermain permainan video, membaca dan melancong. Menurut Kairan, dia pernah melancong ke banyak negara dan yang paling jauh setakat ini adalah Malaysia.

BACA: Usia Kehamilan Lebih Awal Dari Tarikh Nikah? Kemungkinan Bunting Pelamin, Ini Maksudnya

Sumber: USA TODAY , Fortune, Business Insider