Hidangan Nasi Melayu Boleh Didapati di Kafé Lokal?
KUALA LUMPUR – Jenama Richiamo Coffee sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat Malaysia dengan rangkaian cawangannya yang bertapak di serata negara. Tapi tahukah anda bahawa Richiamo Coffee menyajikan hidangan warisan negeri-negeri di serata Malaysia? Rakyat Malaysia dan nasi tidak dapat dipisahkan. Kerana itulah, kafé kelahiran Malaysia ini membawakan makanan yang dekat dengan hati pengunjungnya.
Selain makanan sajian norma yang boleh didapati di kafé-kafé antarabangsa seperti croissant salted egg yolk, spaghetti bolognese dan sebagainya, Richiamo Coffee menyajikan rangkaian masakan Melayu termasuk pucuk ubi tempoyak serta set nasi ayam kari, nasi ayam kampung sambal hijau, nasi daging atau ayam masak lemak cili api, nasi daging atau itik salai asap, nasi siput sedut asap, nasi ayam masak hitam, nasi ikan patin masak tempoyak dan juga nasi asam pedas daging dan ikan tenggiri. Bagi pecinta nasi lemak, rangkaian nasi lemak juga boleh didapati dengan pilihan nasi lemak biasa, nasi lemak ayam rendang dan juga nasi lemak daging rendang. Selain itu, terdapat juga snek citarasa lokal seperti murtabak raja, keropok lekor, dan lemang yang disajikan bersama ayam atau daging rendang.
Harga di Richiamo Coffee juga berpatutan dengan harga kopi serendah RM5.80 secawan dan makanan lazat bermula dari RM4.90, iaitu harga untuk nasi lemak biasa. Dengan harga mampu milik ini, netizen memberi tagline “Kopi Kayangan, Harga Marhaen” untuk Richiamo Coffee. Harga yang murah bukanlah sebuah kompromi untuk rasa yang biasa kerana makanan dan minuman di Richiamo Coffee mengetengahkan kualiti rasa yang menjangkau tahap memuaskan. Richiamo Coffee menggunakan signature kopi arabica yang pasti lazat dan memikat penggemar kopi, dimana adunan kopi mereka didatangkan khas dari Brazil, Guatemala, Indonesia dan Columbia yang diadun khas mengikut citarasa sebenar Richiamo Coffee.
Istimewa bagi pembaca Siakap Keli, pada hari artikel ini dipaparkan, 10 pembaca bertuah Siakap Keli berpeluang untuk mendapat croissant salted egg yolk percuma dengan setiap pembelian di Richiamo Coffee cawangan UTMKL. Hanya perlu sebut “Saya pembaca setia Siakap Keli!”.