Siakap Keli
baju kolar bulat kembang
Kredit: X

Hanya Tiga “Step” Mudah, Cara Nak Baiki Baju Kolar Bulat Lama Yang Kembang

Hanya Tiga “Step” Mudah, Cara Nak Baiki Baju Kolar Bulat Lama Yang Kembang

Baju kolar bulat atau pun ’round neck’ merupakan pakaian yang lazim dipakai oleh rakyat Malaysia pada kebanyakan masa.

Selain murah, baju kolar bulat juga selesa dan sesuai dipakai di Malaysia, jika mengambil kira keadaan cuaca di negara ini. Cara penjagaannya juga mudah.

Pemakai tidak perlu untuk menyental kolar sekuat hati bagi menghilangkan kesan warna kekuningan pada bahagian tersebut.

Dalam konteks aktiviti lasak pula, rekaan ’round neck’ menjadi pilihan kerana dapat memberi keselesaan kepada pemakai.

Rekaan kolar sebegini akan memberikan pengudaraan yang baik buat para pemakai untuk kekal sejuk.

Cara nak baiki baju kolar bulat yang dah kembang

Namun begitu, bahagian round neck pada kemeja T lambat laun akan meregang atau mengembang. Lebih-lebih lagi jika dipakai dan kemudian dibasuh berulang kali.

Bergantung terhadap jenis fabrik dan kualiti kemeja T, bahagian tersebut akan mula meregang dan mengelebeh tak sampai setahun pun.

Secara umumnya, keadaan ini tidak menjejaskan keselesaan si pemakai, cuma dari segi visualnya akan menjadikan mata yang melihat terasa ‘sakit’.

Selain itu, mungkin ada yang beranggapan si pemakai seorang yang selekeh dan tidak mengambil berat soal penampilan diri.

Cara betulkan kolar round neck

Jadi, persoalannya, adakah kita patut membuang sahaja pakaian tersebut ataupun terdapat cara lain untuk menyelamatkannya?

Jawapannya, ada cara atau tip untuk mengembalikan baju kolar bulat yang mengembang kepada keadaan asal.

Tips berkenaan dikongsikan oleh Today Years Old (@todayyearsoldig) di laman X.

Kaedah ini sangat mudah dan hanya memerlukan beberapa bahan dan peralatan seperti getah gelang, periuk dan air.

Pertama sekali, ambil baju yang memiliki kolar yang menggelebeh dan ikat bahagian leher dengan menggunakan getah.

baju kolar bulat kembang
Kredit: X

Seterusnya, sediakan periuk yang berisi air dan panaskannya di atas api sehingga air mendidih.

Apabila air di dalam periuk sudah menggelegak, ambil pakaian tadi dan celupkan bahagian yang diikat pada air yang mendidih.

Celupkan pakaian tersebut sekitar 30 saat dan buka ikatan gelang getah pada pakaian tersebut. Biarkan pakaian tersebut seketika.

baju kolar bulat kembang
Kredit: X

Apabila pakaian sudah kering, anda dapati bahagian kolar pada baju ‘round neck‘ sudah kembali pada bentuk asal.

BACA: Rasa Istimewa, Abang Ni Payung Cara Buat Air Sirap Kenduri

Semoga bermanfaat.

Sumber: @todayyearsoldig via X

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.