Rasa Istimewa, Abang Ni Payung Cara Buat Air Sirap Kenduri
Di Malaysia, kenduri kahwin biasanya diadakan pada hujung tahun ataupun pada musim cuti sekolah.
Biarpun bukan satu perayaan besar, kenduri kahwin sebenarnya boleh dianggap sebagai satu festival yang ditunggu ramai.
Selain mahu meraikan hari bahagia mempelai, tetamu yang hadir sudah tentu mahu menikmati juadah yang sinonim dengan kenduri kahwin.
Antaranya nasi minyak, ayam masak merah, daging masak hitam, gulai kawah, jelatah dan banyak lagi.
Namun begitu, ada sejenis minuman yang sangat dicari-cari orang ramai ketika kenduri kahwin. Air tersebut tidak lain tidak bukan adalah sirap kenduri kahwin.
Berbeza mengikut tempat, air sirap juga mempunyai nama jolokan yang lain. Misalnya di Selangor, ia digelar sebagai ‘air jemputan kahwin’ ataupun ‘air Selangor’.
Air ini boleh disifatkan sebagai rare kerana jarang dijual di kedai makan. Anda bernasib baik jika dapat menemui air ini dijual sebagai air balang di pasar-pasar malam.
Hilangkan rasa mengidam ‘air jemputan kahwin’ dengan cuba resepi ini
Oleh itu, seorang pengguna TikTok berkongsi cara atau resepi hendak menyediakan ‘air jemputan kenduri’ sendiri di rumah.
Sekurang-kurangnya, dapatlah memenuhi rasa mengidam dalam diri nanti, kan.
βResepinya sangat mudah dan ringkas. Anda boleh pakai-pakai barangan yang sedia ada di rumah,β ujar Dapo Mak Kiah (@dapomakkiah).
Untuk makluman, resepinya sangat ringkas yang mana anda hanya memerlukan gula, kordial sirap, kordial oren, air panas dan ais.
Resepi yang dikongsikan pula adalah untuk saiz hidangan sebalang air.
Pertama sekali, masukkan dua kilogram gula ke dalam balang yang biasa digunakan penjual air di pasar.
Kemudian, masukkan kira-kira setengah botol kordial sirap dan kordial oren ke dalam balang yang sama.

Selepas itu, masukkan air panas dan kacau sehingga sebati. Pastikan air betul-betul panas bagi memastikan gula dapat larut dengan sempurna.

Apabila semua butiran gula telah terlarut dalam campuran tersebut, baru masukkan ais ke dalam balang. Sukatan ais yang hendak diletak pula terpulang kepada anda sendiri.
Akhir sekali, anda boleh menambah hirisan buah oren untuk memberikan sedikit seri pada minuman tersebut.
@dapomakkiah Membalas kepada @ππ¦ππ_πππ₯π π kalau tak sempat datang..buat sendiri je kt rumahπππ#dapomakkiah #aiskepalmilono1 #nasiayam3hari #foodfestontiktok #makanayam #bukitbatu #foryoumalaysia #anakjohor
BACA: ‘Gerenti’ Jadi, Cara Buat Tempe Sendiri Di Rumah, Hanya Guna 3 Bahan
Sumber: @dapomakkiah via TikTok